SYDNEY: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dan seorang lelaki berusia 45 tahun kritikal akibat ditikam dalam kejadian yang berlaku di Sydney pada Rabu dan kes dipercayai mempunyai kaitan dengan keganasan rumah tangga, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan pasukan Polis New South Wales (NSW), perkhidmatan kecemasan menerima panggilan mengenai kes di sebuah unit di kompleks Washington Avenue, Riverwood pada 4 petang waktu tempatan dan menemukan budak lelaki tiga tahun maut, manakala lelaki berusia 45 tahun cedera parah.
Paramedik merawat mangsa di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital.
Pada sidang akhbar pada petang Rabu, Superintendan Pasukan Polis NSW Sheridan Waldau berkata mangsa yang parah itu telah menjalani pembedahan dan kini dalam keadaan stabil.
Beliau berkata seorang wanita telah menghubungi Triple Zero.
Polis percaya wanita berkenaan tinggal di unit berkenaan sendirian dan merupakan ahli keluarga kepada mangsa yang cedera tetapi bukan ibu kepada kanak-kanak itu.
"Kami dimaklumkan ibu budak itu meninggal dunia beberapa tahun lalu," kata Waldau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023

Perkhidmatan kesihatan yang menerima panggilan kemudiannya menemukan seorang budak lelaki tiga tahun maut, manakala lelaki berusia 45 tahun cedera parah. - Gambar hiasan

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Budak tiga tahun maut ditikam di Sydney
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dan seorang lelaki berusia 45 tahun kritikal akibat ditikam dalam kejadian yang berlaku di Sydney.