Dalam kejadian di Chongqing, China pada Khamis, mangsa cuba menyeberangi jalan sebelum dirempuh kenderaan tersebut.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa meluru menyeberangi jalan sebelum dirempuh hingga terperosok di bawah kereta.
Mangsa bagaimanapun dilihat merangkak keluar dari bawah kenderaan itu sebelum diselamatkan pemandu teksi yang menghantarnya ke hospital.
Mangsa dilapor mengalami kecederaan ringan dengan kesan lebam dan luka di beberapa bahagian badan dan muka.
Menurut nenek mangsa, kanak-kanak itu sedang melintas jalan untuk ke kedai makanan ringan ketika dia sedang mendandan rambut di sebuah salun berhampiran.