Seakan-akan Mowgli, perwatakan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mencuri perhatian masyarakat apabila dia seperti haiwan ketakutan, merangkak ketika ditemui di tepi jalan di Oryol, Russia.
Kanak-kanak itu dikatakan melarikan diri dari sebuah sangkar setelah dijual oleh ibunya, Madina, 38, kepada seorang pedofilia semata-mata hanya mahukan sebotol arak.
Memetik Mirror, kanak-kanak bernama Diana itu tidak boleh bertutur seperti manusia sebaliknya hanya menyalak dan tidak boleh berdiri manakala mukanya kelihatan tua dari usianya.
Difahamkan, ibunya memaksanya dia tinggal di sangkar bersama anjing, itik, lembu, ayam ketika musim panas dan musim sejuk malah bukan itu sahaja, si ibu juga bertindak kejam dengan membiarkan dia tidur atas lantai.
Dia juga tidak memberikan apa-apa peralatan makanan seperti sudu serta garfu di perkampungan di Luka Zhuravinka, di Oryol.
Polis melaporkan, kanak-kanak itu umpama 'Mowgli' kerana badannya merengkot, menerkam makanan seperti haiwan dan meludahkan semula makanan serta cuba memakannya sekali lagi.
Dalam pada itu, ibu yang memiliki anak lapan ini menafikan dakwaan sedemikian dan kini polis masih teruskan siasatan atas tuduhan penderaan serta pengabaian.
Difahamkan, bapa mangsa dari Belarus dilaporkan meninggal dunia pada awal tahun ini.
Media Russia menunjukkan gambar kanak-kanak itu tidur dalam keadaan meringkuk dan enggan tidur di atas katil di hospital.
The Oryol Times yang memetik sebuah hospital melaporkan mangsa didakwa menderita keletihan dan kini dirawat.
Agensi
Tue Oct 22 2019
Kanak-kanak itu dikatakan melarikan diri dari sebuah sangkar setelah dijual oleh ibunya, Madina, 38, kepada seorang pedofilia semata-mata hanya mahukan sebotol arak. - Foto Agensi
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Budak 12 tahun merangkak ketika ditemui di tepi jalan
kanak-kanak bernama Diana itu tidak boleh bertutur seperti manusia sebaliknya hanya menyalak dan tidak boleh berdiri manakala mukanya kelihatan tua dari usianya.