BANGKOK: CNN mengemukakan permohonan maaf susulan insiden menjalankan penggambaran di pusat asuhan kanak-kanak di Uthai Sawan, Nong Bua Lamphu yang menjadi lokasi pembunuhan berdarah serta menarik balik video itu daripada laman sesawangnya.
Dua wartawan CNN itu - seorang warga Australia, 47, dan seorang warga Britain, 34 - didenda 5,000 baht dan meninggalkan negara itu selepas pihak berkuasa mendapati mereka menyalahgunakan visa pelancong.
Bagaimanapun, mereka dibebaskan daripada tuduhan memasuki dan membuat penggambaran di tempat kejadian tanpa kebenaran.
Timbalan Ketua Polis Negara Jeneral Surachate Hakparn berkata siasatan mendapati pasukan itu mendapat kebenaran daripada pegawai kesihatan yang berada di tempat kejadian.
Kedua-dua wartawan berkenaan tidak menyedari bahawa pegawai kesihatan itu tidak mempunyai kuasa memberi kebenaran untuk memasuki premis terbabit, katanya.
Kedua-dua wartawan itu turut mengemukakan permohonan maaf.
"Saya ingin memohon maaf kepada rakyat Thailand terutamanya keluarga mangsa tragedi.
"Kami sangat menyesal dengan perbuatan kami yang telah menambahkan lagi kesedihan dan penderitaan. Itu bukan niat kami," kata seorang daripada kru CNN Anna Coren.
Sementara itu, naib presiden eksekutif dan pengurus besar CNN International Mike McCarthy turut memohon maaf.
Dalam satu kenyataan, beliau kesal atas kesilapan yang dibuat dan kesulitan yang mungkin dihadapi polis Thailand
Beliau berkata CNN telah berhenti menyiarkan laporan itu dan menarik balik video itu daripada laman sesawangnya.
"Pihak kami tidak pernah berniat untuk melanggar mana-mana peraturan dan tiada tali garisan polis di sekitar tempat kejadian ketika itu.
"Selepas membuat rakaman selama kira-kira 15 minit, pasukan itu cuba beredar namun, pintu pagar perkarangan ditutup dan tali garisan polis telah dipasang, mereka terpaksa memanjat pagar untuk keluar," katanya.
Kelab Wartawan Asing ke Thailand (FCCT) menegaskan tindakan dua kru CNN itu adalah tidak profesional dan melanggar etika kewartawanan dalam pelaporan jenayah.
Pada Khamis seorang anggota polis yang dipecat bertindak membunuh 36 orang termasuk 24 kanak-kanak berusia antara dua hingga empat tahun dan 12 dewasa termasuk isterinya di Uthai Sawan di wilayah Nong Bua Lamphu.
Lelaki berusia 34 tahun itu dilaporkan membunuh 23 kanak-kanak yang sedang tidur selepas mereka selesai menikmati makan tengah hari.
Pembunuh kemudian melarikan diri dari tempat kejadian dan pulang ke rumah dan membunuh isteri serta anak lelakinya sebelum bertindak membunuh diri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 10 2022

Seorang lelaki berusia 34 tahun dilaporkan membunuh 23 kanak-kanak yang sedang tidur selepas mereka selesai menikmati makan tengah hari. - Foto AP
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Buat penggambaran di lokasi tragedi taska Thailand, CNN mohon maaf
CNN mengemukakan permohonan maaf susulan insiden menjalankan penggambaran di pusat asuhan kanak-kanak di Uthai Sawan, Nong Bua Lamphu yang menjadi lokasi pembunuhan berdarah.