AMERIKA Syarikat dan Britain melancarkan serangan terhadap kawasan yang dikaitkan dengan pergerakan Houthi di Yaman, pertama kali sejak kumpulan yang disokong Iran itu mula menyasarkan perkapalan antarabangsa di Laut Merah lewat tahun lepas.
Ketika saksi di Yaman mengesahkan letupan di seluruh negara kepada Reuters, Presiden Joe Biden memberi amaran dalam satu kenyataan lewat Khamis beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan seterusnya, jika perlu.
"Serangan yang disasarkan ini adalah mesej jelas bahawa Amerika Syarikat dan rakan-rakan kami tidak akan bertolak ansur dengan serangan ke atas kakitangan kami atau membenarkan pihak-pihak yang bermusuhan menjejaskan kebebasan pelayaran," kata Biden.
Serangan diarahkan Biden sebagai reaksi balas ke atas serangan Houthi terhadap kapal maritim di Laut Merah.
Kementerian Pertahanan Britain berkata dalam satu kenyataan, "petunjuk awal mengesahkan keupayaan Houthi untuk mengancam kapal pedagang telah terjejas."
Seorang pegawai Houthi mengesahkan "serbuan" di ibu negara Sanaa, bandar Saada dan Dhamar, serta di wilayah Hodeidah, sambil menyifatkannya sebagai "pencerobohan Amerika-Zionis-British."
Serangan yang berterusan itu merupakan salah satu demonstrasi paling dramatik setakat ini susulan meluasnya serangan Israel ke atas Hamas di Timur Tengah sejak ia meletus pada Oktober.
Menurut laporan CNN, serangan turut disokong sekutu Washington iaitu Australia, Bahrain, Kanada dan Belanda.
Dalam kenyataan dikeluarkan White House, Biden memaklumkan tidak akan teragak-agak mengarahkan serangan tambahan, untuk menjamin keselamatan kawasan perairan di Laut Merah daripada serangan puak Houthi.
Ia dilaporkan dilancarkan dari jet pejuang dan peluru berpandu Tomahawk.
Tindakan itu meningkatkan kebimbangan berkaitan ancaman di kawasan perairan paling kritikal di dunia itu, serta meningkatkan risiko perang Israel-Hamas merebak ke negara serantau.
Agensi
Fri Jan 12 2024
![AS, Britain lancar serangan terhadap Houthi di Yaman AS, Britain lancar serangan terhadap Houthi di Yaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705025158_UnitedKingdom.jpg)
Foto dikeluarkan Kementerian Pertahanan UK pada 10 Jan 2024, diambil dari jambatan HMS Diamond, menunjukkan peluru berpandu Sea Viper ditembak di Laut Merah. (Foto AP)
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Biden seru redakan retorik politik di AS selepas cubaan bunuh Trump Biden seru redakan retorik politik di AS selepas cubaan bunuh Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721019915_JoeBiden.jpg)
Biden seru redakan retorik politik di AS selepas cubaan bunuh Trump
Sudah tiba masanya untuk meredakan retorik politik di Amerika Syarikat (AS), kata Presiden Joe Biden semasa ucapan mengenai cubaan membunuh bekas Presiden Donald Trump.
![Biden gesa siasatan bebas berhubung insiden tembakan Trump Biden gesa siasatan bebas berhubung insiden tembakan Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721016439_JoeBiden.jpg)
Biden gesa siasatan bebas berhubung insiden tembakan Trump
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyeru agar rakyat negara itu bersatu susulan cubaan membunuh terhadap Donald Trump.
![Trump ditembak: 'Tindakan tidak bermoral jika hanya gimik' - Penganalisis Trump ditembak: 'Tindakan tidak bermoral jika hanya gimik' - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720941021_PresidentDonaldTru.jpg)
Trump ditembak: 'Tindakan tidak bermoral jika hanya gimik' - Penganalisis
Pakar geopolitik Universiti Utara Malaysia (UUM), Awang Dzul-Hashriq Dharfizi, tidak percaya serangan tembakan terhadap Donald Trump adalah gimik.
![Biden kecam serangan ke atas Trump Biden kecam serangan ke atas Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720922589_DonaldTrump.jpg)
Biden kecam serangan ke atas Trump
Tegas beliau, tiada ruang untuk keganasan di negara itu dan beliau mahu semua pihak mengecam insiden tersebut.
![Trump ditembak ketika kempen Trump ditembak ketika kempen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720920300_DonaldTrump.jpg)
Trump ditembak ketika kempen
Calon presiden Republikan itu dilihat mengangkat penumbuk ketika diiringi ke kenderaan oleh Perkhidmatan Rahsia negara.
!['Saya calon paling layak bertanding jawatan presiden' - Biden 'Saya calon paling layak bertanding jawatan presiden' - Biden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720764055_JoeBiden.jpg)
'Saya calon paling layak bertanding jawatan presiden' - Biden
Biden membuat kenyataan itu sebagai respons terhadap desakan yang semakin meningkat, menggesa beliau menarik diri.
![Biden tersilap perkenal Zelenskyy sebagai Putin pada sidang kemuncak NATO Biden tersilap perkenal Zelenskyy sebagai Putin pada sidang kemuncak NATO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720744978_VolodymyrZelenskyy.jpg)
Biden tersilap perkenal Zelenskyy sebagai Putin pada sidang kemuncak NATO
Kesilapan Presiden Biden menjelang sidang akhbar yang ditunggu-tunggu boleh menentukan nasibnya dalam pilihan raya.
![George Clooney gesa Biden tarik diri daripada pilihan raya George Clooney gesa Biden tarik diri daripada pilihan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-07/41531219123_950x600.jpg)
George Clooney gesa Biden tarik diri daripada pilihan raya
Pengumpul dana Demokrat terkemuka Clooney ikut jejak Nancy Pelosi yang mempersoal apakah perlu Biden teruskan hasrat lawan Donald Trump.
![Biden komited tamatkan penggal kedua sekiranya menang - Rumah Putih Biden komited tamatkan penggal kedua sekiranya menang - Rumah Putih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717629915_JoeBiden.jpg)
Biden komited tamatkan penggal kedua sekiranya menang - Rumah Putih
Biden berdepan desakan untuk menarik balik pencalonannya sejak prestasi buruknya menentang Trump dalam debat presiden pertama mereka pada 27 Jun.
![Trump cabar Biden sertai debat tanpa moderator Trump cabar Biden sertai debat tanpa moderator](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720573574_tbDonaldTrump.jpg)
Trump cabar Biden sertai debat tanpa moderator
Donald Trump dakwa, Demokrat sedang mengalami "keruntuhan besar-besaran" dan cabar Joe Biden untuk tampil dalam satu lagi sesi debat.