BEKAS Presiden Amerika Syarikat (AS) Bill Clinton kini bergelut dalam kontroversi terbaharu apabila berdepan dakwaan gangguan seksual daripada empat wanita, lapor portal berita Daily Mail.
Pertuduhan terhadap tokoh berusia 71 tahun dengan kisah salah laku seks pada masa lalu tersebut, kali ini merujuk kepada insiden yang terjadi selepas beliau meninggalkan White House pada tahun 2001.
Peguam pendakwa yang mewakili wanita-wanita itu, telah memaklumkan kepada pihak Clinton bahawa mereka bersedia memfailkan empat pertuduhan berasingan ke atasnya.
Sebagai sebahagian daripada rundingan, peguam wanita-wanita itu menuntut bayaran tertentu untuk tidak mendedahkan perkara itu kepada umum.
Seorang anggota guaman Clinton telah mengesahkan kewujudan pertuduhan terbaharu tersebut, yang kini berada dalam fasa kritikal.
Jika tuntutan bayaran itu gagal dilunaskan, keempat-empat wanita itu bersedia untuk mendedahkan butiran pertuduhan itu dalam sidang media.
Dakwaan terbaharu itu merujuk kepada insiden yang berlaku lebih 10 tahun lalu, sekitar awal tahun 2000, ketika Clinton berkhidmat dengan syarikat Yucaipa milik pelabur bertaraf bilionair yang terkenal sebagai kaki perempuan, Ron Burkle.
Clinton telah membantu Burkle menjana perniagaan dan terbang ke seluruh dunia bersama wanita-wanita cantik menggunakan jet peribadi Burkle.
Empat wanita itu yang belum mendedahkan identiti masing-masing, ketika itu bekerja di peringkat rendahan dalam organisasi Burkle. Mereka yang ketika itu masih dalam usia muda, mendakwa telah dicabul oleh Clinton.
Menurut sumber dari pejabat rasmi, Hillary Clinton berang apabila mendapat tahu suaminya kerana terlibat lagi dalam satu lagi skandal seks.
Agensi
Tue Nov 21 2017
Kali ini, apa lagi yang Bill Clinton perlu perjelaskan pada masyarakat dan isterinya Hillary? - Gambar fail
Ringgit susut selepas Trump umum tarif baharu kepada Mexico, Kanada
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini selepas presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercadang mengenakan tarif baharu ke atas import dari Mexico dan Kanada.
Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok
Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.
Ancaman siber semakin kompleks, perlu tindakan bersama - Gobind
Ancaman yang sering kali kompleks dan berkembang dengan pantas memerlukan tindakan kolektif antara pihak industri dan kerajaan.
AWANI 7:45 [26/11/2024] – Risiko banjir besar hujung tahun | Ramai tak bayar bil elektrik | Bunuh, simpan mayat ibu | Tak cukup syarat nikah
- Luruan monsun hingga hujung bulan, hujan sangat lebat, angin kencang, kaut bergelora
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
AWANI Ringkas: PAGS | Pemilikan Rumah | Pelaburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Selangor dinamik | Cita sempurna Malaysia MADANI
Apakah fokus dan strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam mengurus dan meneruskan pembangunan memacu agenda ekonomi negeri serta meningkat kesejahteraan rakyat? Ikuti temubual mengenai Belanjawan Negeri Selangor 2025 bersama Datuk Seri Amirudun Shari, Menteri Besar Selangor dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 November 2024
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Bekas Presiden AS Bill Clinton positif COVID-19
Clinton yang berusia 76 tahun hanya mengalami "gejala ringan".
Hillary Clinton umum positif COVID-19
Beliau turut memaklumkan bahawa suaminya bekas Presiden Bill Clinton telah diuji negatif dan berada dalam keadaan sihat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bill Clinton dibenarkan keluar hospital
Suhu badan dan bacaan sel darah putih Clinton didapati normal dan beliau akan pulang ke New York.
Bill Clinton dirawat di ICU akibat jangkitan dalam darah
Bekas pemimpin itu menerima rawatan sepsis dipercayai disebabkan jangkitan kuman dalam darah.
Keputusan audit undi di Georgia sahkan kemenangan Biden
Biden memperoleh 306 undi pilihan raya berbanding 232 oleh Trump dalam undi elektoral negeri yang menentukan pemenang pilihan raya.
Wanita dedah skandal Clinton-Lewinsky meninggal dunia
Linda tidak pernah berasa bersalah atas apa yang dilakukannya dan menegaskan perbuatan seorang Presiden ke atas bekas pelatih Rumah Putih itu perlu didedahkan.
Selepas Clinton dan Johnson, Trump presiden AS ketiga didakwa
Trump menghadapi tuduhan salah guna kuasa serta menghalang Kongres.
Trump tiba di Davos dengan agenda 'Amerika Diutamakan'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump tiba di Switzerland bagi menghadiri sidang kemuncak World Economic Forum 2018 (WEF2018) yang akan berakhir pada Jumaat.
Trump mahu angkasawan AS kembali ke bulan, teroka Marikh
Tidak cukup sekadar ke bulan, Trump juga mahu Amerika Syarikat menjadi negara pertama menghantar manusia ke Marikh.