RAMALLAH (Palestin): Puluhan penunjuk perasaan Palestin cedera pada Jumaat semasa pertempuran dengan tentera Israel berhampiran dua bandar di utara Tebing Barat, kata pegawai perubatan dan saksi.
Anggota perubatan Palestin berkata bahawa sekurang-kurangnya 15 penunjuk perasaan cedera akibat tembakan logam bersalut getah dan berpuluh-puluh mengalami sesak nafas selepas mereka terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan oleh tentera Israel berhampiran Nablus dan Qalqilya.
Saksi Palestin berkata pertempuran tercetus antara berpuluh-puluh penunjuk perasaan dan tentera Israel selepas Palestin menganjurkan dua protes mingguan terhadap peluasan penempatan Israel baru-baru ini dan rampasan tanah di Tebing Barat, lapor Xinhua.
Mereka berkata pertempuran sengit di perkampungan Beit Dajan di timur Nablus, dan rakyat Palestin melemparkan batu ke arah askar, yang melepaskan tembakan getah dan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.
Sementara itu, enam lagi rakyat Palestin cedera akibat tembakan logam bersalut getah yang dilepaskan oleh tentera Israel semasa bantahan di perkampungan Kafr Qaddum di timur Qalqilya.
Tiada maklum balas segera daripada tentera Israel berhampiran dua bandar di Tebing Barat.
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan berkata rakyat Palestin mempunyai hak untuk mempertahankan diri, mendapatkan hak sah mereka untuk menentukan masa depan mereka sendiri dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka di sempadan 1967.
Israel menceroboh Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, yang dituntut oleh Palestin, sejak perang Timur Tengah 1967.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 15 2022
Saksi Palestin berkata pertempuran tercetus antara berpuluh-puluh penunjuk perasaan dan tentera Israel selepas Palestin menganjurkan dua protes mingguan. - Foto REUTERS
Cacar monyet: China lakukan saringan ke atas pelawat
China memulakan saringan terhadap individu yang memasuki negara itu bagi mengesan virus mpox atau dikenali sebagai cacar monyet untuk enam bulan akan datang.
Kaedah lantikan tetap, bercarum dalam kajian - PM Anwar
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap dan bercarum dan kajian terperinci sedang dilaksanakan bagi menentukan strategi-strategi terbaik kepada Kerajaan dan pegawai awam lantikan baharu.
Kegagalan kawal penerbangan punca tragedi pesawat terhempas di Elmina
Nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) di Bandar di Elmina tahun lalu disahkan berpunca daripada kehilangan kawalan semasa penerbangan disebabkan masalah protokol yang tidak disengajakan.
[TERKINI] Kegagalan kawal penerbangan punca tragedi pesawat terhempas di Elmina
Laporan akhir tragedi pesawat terhempas di Elmina mendedahkan punca sebenar kejadian kerana kegagalan mengawal pesawat berkenaan.
Ketua jabatan gagal lapor salah laku pegawai bawahan berdepan tindakan tatatertib - PM
Perdana Menteri hari ini memberi memberi peringatan serius bahawa ketua jabatan yang gagal melaporkan salah laku pegawai bawahannya akan dikenakan tindakan tatatertib termasuk tidak dinaikkan pangkat.
Tiga ditahan berkait laporan palsu penemuan bayi
Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita berhubung laporan palsu penemuan bayi perempuan yang baharu lahir dalam kejadian di Pekan Titi Serong, Parit Buntar.
Pergerakan ringgit dalam hala tuju tepat, cerminkan asas ekonomi - Gabenor BNM
Pergerakan ringgit kini dalam hala tuju yang tepat mencerminkan asas ekonomi dan prospek kukuh negara, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Perkhidmatan SBST ditambah baik dengan bas baharu, pembayaran tanpa tunai - Loke
Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) akan ditambah baik dengan penggantian bas baharu dan sistem pembayaran tanpa tunai.
Peningkatan kelayakan penjawat awam tingkat produktiviti - PM
Kerajaan bersetuju meningkatkan kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bagi mengoptima sumber dan peningkatan produktiviti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bagi mengoptima sumber dan peningkatan produktiviti.
Pasangan warga emas mangsa kebakaran di Pagoh selamat dikebumikan
Jenazah pasangan warga emas yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh selamat dikebumikan.
Pesawat bawa rakyat Palestin cedera akan tiba beberapa jam lagi - PM Anwar
Dua pesawat pengangkut Airbus A-400M TUDM diterbangkan ke Pangkalan Udara Al Maza, Mesir untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia.
625,000 kanak-kanak Palestin hilang satu tahun persekolahan - UNRWA
Seramai 625,000 kanak-kanak Palestin termasuk 300,000 pelajar UNRWA telah kehilangan satu tahun persekolahan akibat serangan berterusan Israel ke atas Gaza.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kementerian Kesihatan Palestin berkata, sejumlah 115 bayi telah dilahirkan dan kemudian dibunuh semasa perang.
Malaysia akan meterai MoU perdagangan, tubuh Majlis Perniagaan dengan Palestin
Jemaah Menteri bersetuju supaya Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama perdagangan dan ekonomi dengan Palestin.
Hamas seru mesyuarat tergempar Liga Arab, OIC bagi hentikan genosid di Gaza
Hamas menekankan keperluan untuk membuat keputusan yang berkesan bagi menghentikan serangan dan genosid terhadap rakyat di Semenanjung Gaza serta memutuskan sebarang hubungan dengan zionis.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hampir 500 petugas kesihatan terkorban sejak serangan Israel ke atas Gaza
Lebih daripada 310 petugas telah ditawan dan 130 ambulans telah dimusnahkan oleh tentera pendudukan Israel di Gaza.
Gencatan senjata: Malaysia alu-alukan kenyataan AS, Mesir dan Qatar
Secara prinsip Malaysia sentiasa memperjuangkan keamanan dan kestabilan serta pematuhan kepada undang-undang antarabangsa.
Serangan sekolah di Gaza: Malaysia kutuk serangan disengajakan Israel
Rejim Israel sekali lagi dengan jelas menunjukkan bahawa ia tidak mempunyai sebarang niat untuk mencapai perdamaian.
EU salur EUR43 juta untuk gaji Pihak Berkuasa Palestin
Kesatuan Eropah mengumumkan sumbangan EUR43 juta untuk membantu Pihak Berkuasa Palestin membayar gaji dan pencen untuk pekerja dan pesaranya di Tebing Barat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).