SEORANG ibu tercari-cari anaknya selepas terjaga daripada tidur pada awal pagi.

Puas mencari di rumah dia bertindak keluar dan menemui kesan tapak kaki si kecil itu. Selepas mengikuti jejak itu kanak-kanak itu ditemui namun sudah tidak lagi bernyawa.

Kanak-kanak malang itu yang mesra dipanggil Bogdan disahkan meninggal dunia kerana terdedah pada suhu sejuk mencecah -20 darjah Celsius.

Tragedi menyayat hati itu berlaku di Siberia, Rusia. Ketika kejadian kanak-kanak itu hanya disarungkan baju tidur tanpa penutup kepala dan sarung kaki.

Maria bersama Bogdan yang maut akibat terdedah dengan cuaca sejuk melampau - Foto metro.co.uk

Menurut ibu mangsa, Maria, ini bukan kali pertama anaknya berjalan dalam tidur. Musim panas lalu anaknya itu juga pernah berada dalam keadaan sama.

Namun kali ini kesudahannya berbeza, Bogdan menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana suhu yang sejuk melampau.