ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 26 Oktober 2024.


1. Singapura perkenal vaksin COVID-19 terkini mulai 28 Okt

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) akan memperkenalkan vaksin terkini JN.1 Pfizer-BioNTech/Comirnaty dan JN.1 Moderna/Spikevax mulai 28 Oktober, berikutan saranan Jawatankuasa Pakar Pengimunan (ECI) bagi tahun 2024/2025.



2. Presiden Brazil batalkan perjalanan ke Sidang Kemuncak COP16 atas nasihat perubatan

Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, telah membatalkan perjalanannya ke Sidang Kemuncak Biodiversiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) COP16 di Cali, Colombia atas nasihat perubatan, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik Pejabat Presiden Brazil, Planalto, pada Jumaat.


3. Penggodam China sasar data telefon Trump, JD Vance

PENGGODAM yang mempunyai kaitan dengan kerajaan China didakwa menyasarkan komunikasi telefon antara calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Presiden Donald Trump dan calon Naib Presiden JD Vance sebagai sebahagian daripada usaha pengintipan siber yang lebih luas di peringkat tinggi AS, kata dua sumber CNN.


4. Letupan kuat kedengaran di Tehran, Iran - Laporan

Beberapa letupan kuat kedengaran di ibu negara Iran, Tehran dan bandar berdekatan bandar Karaj awal pagi Sabtu, lapor media antarabangsa.


5. Israel sahkan lancar serangan ke atas Iran

Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengakui sedang "melakukan serangan tepat ke atas sasaran tentera di Iran," kata jurucakapnya, Daniel Hagari dalam kenyataan yang dikeluarkan susulan laporan letupan yang kedengaran di Tehran.


6. Amerika tidak terlibat dalam serangan Israel ke atas Iran - White House

Amerika Syarikat (AS) menegaskan, tidak terlibat dalam operasi tentera Israel terhadap Iran, kata seorang pegawai kanan pentadbiran negara itu.


7. Keputusan untuk serang Iran dibuat selepas berminggu-minggu berbincang - Pegawai Israel

Keputusan Israel melancarkan serangan ke atas tentera Iran pada awal pagi Sabtu dibuat selepas perbincangan selama berminggu-minggu dalam Kabinet keselamatannya mengenai skop serangan sedemikian, kata pegawai Israel.


8. Mati jatuh dari tingkat tiga ketika kejar anjing

SEORANG lelaki menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel ketika mengejar seekor anjing.
Insiden malang itu menimpa Uday Kumar, 22, yang menghadiri sambutan hari lahir rakannya di VV Pride Hotel di bandar Hyderabad pada awal minggu lalu.


9. Angkasawan NASA dimasukkan ke hospital selepas pulang dari ISS

Seorang angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah dimasukkan ke hospital selepas kepulangan misi Crew-8 dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), lapor Agensi Anadolu pada Jumaat.


10. Arab Saudi kecam Israel serang Iran, sifatkan langgar undang-undang antarabangsa

Iran menyatakan bahawa serangan udara Israel yang menyasarkan pusat-pusat ketenteraan di Tehran, wilayah barat Ilam serta wilayah barat daya Khuzestan berjaya dipintas dan hanya menyebabkan kerosakan terhad.