ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Ogos 2024.


1. Malaysia-India tingkat hubungan perkongsian strategik

Malaysia dan India bersetuju untuk meningkatkan hubungan Perkongsian Strategik Dipertingkatkan (ESP) kedua-dua negara kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP).



2. Boeing hentikan ujian penerbangan 777X selepas kesan kerosakan struktur

Menurut laporan, pesawat itu telah menyelesaikan penerbangan selama lebih lima jam dari Hawaii sebelum masalah itu ditemui.


3. Biden ikrar tamatkan perang di Gaza

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berikrar untuk menamatkan perang di Semenanjung Gaza dan membawa pulang tawanan.


4. Hubungan Malaysia-India terus diperkukuh, meterai lapan MoU

Lapan memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara Malaysia dan India pada Selasa bagi mengukuhkan lagi hubungan bilateral kedua-dua negara.


5. Trump 'perguna' Taylor Swift tarik undi

Swift tidak pernah menyatakan sokongan secara terbuka terhadap mana-mana calon dalam pilihan raya kali ini.


6. Kabinet baharu Thailand dijangka dimuktamadkan minggu ini

Kabinet baharu Thailand dijangka dimuktamadkan minggu ini, menurut Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra.


7. PM Anwar diberi sambutan rasmi di Rashtrapati Bhavan, India

Anwar yang tiba di India pada Isnin untuk kunjungan sulung ke negara ini sejak menyandang jawatan itu disambut rakan sejawatnya, Narendra Modi.


8. Mpox ragut lebih 570 nyawa di Congo - Menteri Kesihatan

Wabak mpox yang sedang melanda kini diisytiharkan sebagai "kecemasan benua," menurut Menteri Kesihatan Republik Demokratik Congo.


9. FBI dakwa Iran godam kempen Donald Trump

Agensi risikan mendakwa Iran memilih campur tangan dalam pilihan raya AS "untuk mencetuskan perselisihan dan menjejaskan keyakinan terhadap institusi demokrasi kita."


10. Doktor India lanjut mogok hingga tuntutan dipenuhi

Antara lain, mereka menggesa persekitaran kerja lebih selamat susulan kematian seorang doktor pelatih yang dirogol dan dibunuh.