ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 Jun 2024.


1. Indonesia sedia hantar pasukan pengaman ke Gaza - Prabowo

Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto, yang juga presiden terpilih dan akan mengangkat sumpah jawatan pada Oktober, mengesahkan kesediaan Indonesia untuk menghantar pasukan pengaman ke Semenanjung Gaza jika perlu.



2. Dron Hezbollah sasar bandar di utara Israel

Serangan dron dilancarkan kumpulan pejuang Lubnan Hezbollah mengenai bandar pesisir pantai Nahariya di Israel pada Ahad.


3. Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman

Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi telah mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji iaitu Makkah, wilayah tengah, stesen kereta api Haramain, pusat kawalan keselamatan, pusat pengasingan dan pusat kawalan keselamatan sementara.


4. Hospital, pusat kesihatan Arab Saudi siap sedia untuk musim haji

Kementerian Kesihatan Arab Saudi melalui Kluster Kesihatan Mekah mengesahkan kesediaan 18 hospital dan 126 pusat kesihatan di Mekah dan Tanah Suci untuk menyediakan perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi dan bersepadu kepada jemaah haji untuk musim haji tahun ini, 1445H.


5. Juruterbang maut nahas 2 pesawat ketika sambutan ulang tahun Tentera Udara

Nahas udara melibatkan dua pesawat kecil di sebuah pertunjukan udara di Portugal pada Ahad mengorbankan seorang juruterbang dan mencederakan seorang lagi, lapor Agensi Anadolu yang memetik agensi berita Portugal, Lusa.


6. Seorang maut, 25 cedera insiden tembakan di Ohio

Sekurang-kurangnya seorang maut dan 25 cedera dalam kejadian tembakan di Akron, Ohio, Amerika Syarikat (AS).


7. Kebakaran di California paksa ribuan penduduk berpindah

Satu kebakaran tercetus di sebuah kawasan berumput berkeluasan 12,000 ekar di Venalis, California, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.


8. Presiden Afrika Selatan seru parti bertanding cari titik persamaan atasi kebuntuan

Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa menyeru parti politik yang memenangi undi dalam pilihan raya minggu lepas supaya mencari titik persamaan bagi mengatasi perbezaan antara mereka dan bekerjasama demi kebaikan negara, lapor Agensi Anadolu (AA).


9. Pengeluaran bahan api penerbangan mampan diunjur cecah 1.9 bilion liter tahun ini - IATA

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menjangkakan pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF) melonjak sebanyak tiga kali kepada 1.9 bilion liter (1.5 juta tan) pada 2024.


10. Jutawan Jepun batal misi mengelilingi bulan kerana kelewatan SpaceX

JUTAWAN Jepun Yusaku Maezawa mengumumkan misi Dear Moon Project yang ingin membawa lapan individu mengelilingi bulan telahpun dibatalkan.