ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.


1. Lebih 2,000 orang hilang, Gaza perlukan segera pasukan pertahanan awam

Angka kematian di Gaza meningkat kepada 9,770 pada Ahad, dengan sekurang-kurangnya 2,000 lagi masih belum dikesan dan dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan rumah dan bangunan yang musnah akibat serangan udara tanpa henti oleh rejim Zionis.



2. Tentera udara Jordan 'gugurkan' bantuan perubatan di Semenanjung Gaza

Tentera Udara Jordan mengambil langkah berani melaksanakan misi menggugurkan bantuan perubatan dan farmaseutikal ke hospital medan Jordan di Semenanjung Gaza.


3. 33 terbunuh, pesawat pejuang Israel mengebom kem pelarian Gaza

Pesawat pejuang Israel terus-menerus menyerang kem pelarian di Semenanjung Gaza pada awal Ahad, menyebabkan 33 terbunuh dan puluhan lagi cedera.


4. Negara-negara Arab kutuk keras kenyataan menteri Israel guna senjata nuklear di Gaza

Negara-negara Arab seperti Arab Saudi, Jordan, Qatar dan Yaman pada Ahad mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan seorang menteri kabinet Israel yang mencadangkan untuk menggugurkan bom nuklear di Gaza sebagai satu daripada 'pilihan' Israel pada masa akan datang, lapor Agensi Anadolu.


5. 5 pengunjung pub maut dirempuh SUV di Victoria

Seramai lima pengunjung sebuah pub di negeri Victoria, Australia maut selepas sebuah kereta dipandu seorang warga emas merempuh premis itu pada Ahad, lapor Xinhua.


6. Drama tebusan di Lapangan Terbang Hamburg berakhir

Drama tebusan membabitkan seorang kanak-kanak di Lapangan Terbang Hamburg, Jerman berakhir selepas 18 jam.


7. Perang Palestin-Israel: Korban kanak-kanak hampiri 5,000

Sekurang-kurangnya 4,880 kanak-kanak terbunuh daripada jumlah keseluruhan manga korban seramai 9,770 orang sepanjang berlaku peperangan antara Israel dan Hamas di Gaza yang genap sebulan esok, kata Kementerian Kesihatan Palestin.


8. Presiden UAE arah operasi kemanusiaan bantu penduduk Gaza

Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan mengarahkan Kementerian Pertahanan untuk memulakan operasi kemanusiaan 'Gallant Knight 3', yang bertujuan membantu rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.


9. Pakistan: Doktor dijangkiti 'Crimean-Congo' meninggal dunia

Kerajaan wilayah Balochistan di barat daya Pakistan mengeluarkan amaran pada Ahad mengenai penularan demam berdarah Crimean-Congo (CCHF) selepas seorang doktor meninggal dunia, menurut kenyataan rasmi.


10. Pemindahan Gaza digantung sementara selepas ambulans jadi sasaran

Pemindahan rakyat Gaza yang cedera bersama pemegang pasport asing melalui lintasan Rafah ke Mesir telah digantung sejak Sabtu.