ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Julai 2023.
1. Thailand: Parti Move Forward sokong calon Perdana Menteri Pheu Thai
Parti Move Forward (MFP) yang membuat pengunduran politik bersetuju menyokong calon daripada Pheu Thai sebagai Perdana Menteri.
2. Musim monsun di Pakistan ragut 101 nyawa, 180 cedera
Kira-kira 101 orang terbunuh dan 180 lagi cedera sejak musim tengkujuh bermula pada 25 Jun lalu di Pakistan, lapor Xinhua memetik Lembaga Pengurusan Bencana Negara (NDMA) negara ini.
3. Angka kematian meningkat 16, lebih 100 masih hilang tanah runtuh timbus kampung
Angka kematian meningkat kepada 16 orang manakala lebih 100 dilaporkan masih terperangkap dalam kejadian tanah runtuh besar di Maharashtra, India.
4. SpaceX lancar 15 lagi satelit internet ke orbit
Syarikat angkasa lepas swasta Amerika Syarikat (AS) SpaceX melancarkan 15 lagi satelit Starlink ke orbit pada Khamis, lapor Xinhua.
5. Anwar lawat Book Street di Hanoi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa melawat Book Street di Jalan 19/12 di sini, iaitu pusat jualan buku paling popular di Hanoi.
6. Malaysia, Vietnam berpotensi lonjak kerjasama perdagangan, termasuk pasaran halal global AS$3 trilion
Sektor pembuatan yang kukuh dan teknologi canggih Malaysia, digabungkan dengan pasaran Vietnam yang agak besar, menawarkan potensi luas kepada kedua-dua negara untuk melonjakkan lagi perdagangan dua hala, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
7. Speaker Malaysia antara 333 kenamaan asing pantau pilihan raya Kemboja
Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen pada Khamis berkata kira-kira 333 pemerhati dan orang kenamaan asing dari 65 negara dan institusi antarabangsa akan melawat negara itu untuk memantau Pilihan Raya Umum (PRU) ketujuh negara itu Ahad ini, lapor Xinhua.
8. Rejim Pyongyang mungkin 'berakhir' jika guna senjata nuklear
Rejim Pyongyang mungkin "berakhir" jika Korea Utara menyerang menggunakan senjata nuklear, menurut Kementerian Pertahanan Korea Selatan dalam amarannya pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
9. Hampir sejuta kematian menjelang 2035 jika pencegahan TB tidak dijalankan - Kajian PBB
Inisiatif inovasi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNITAID pada Rabu memberi amaran bahawa kegagalan untuk melaksanakan pengesanan dan pencegahan kontak tuberkulosis (TB) boleh menyebabkan hampir sejuta kematian menjelang 2035.
10. Konflik Israel-Palestin, PBB ulangi sokongan penyelesaian dua negara
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengulangi sokongannya terhadap penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin semasa pertemuan dengan Presiden Israel Isaac Herzog pada Khamis.
Astro Awani
Fri Jul 21 2023

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ringgit terus catat kenaikan pada sesi pembukaan selepas cecah paras tertinggi hampir tiga minggu
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4140/4225 daripada 4.4165/4200 pada Jumaat lepas.

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.
AWANI Pagi: Revolusi pengurusan aset strategik - Pendekatan berasaskan data dan AI
Diskusi pagi Isnin bersama Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor ,(Penjanaan dan Prasarana) & Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) membincangkan mengenai apa itu pengurusan aset strategik dalam kontek penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI).

Seorang remaja maut, dua selamat dalam kemalangan di Machang
JBPM Kelantan menerima panggilan kecemasan pada 3.34 pagi dan enam anggota daripada BBP Ketereh telah bergegas ke lokasi kejadian.

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.
FBMKLCI: Merosot 3.12 peratus, aliran keluar pelabur asing berterusan
FBMKLCI mencatat pulangan 13.02 peratus pada 2024, tetapi setakat 21 Februari 2025, indeks ini turun sebanyak negatif -3.12 peratus Kita juga melihat aliran keluar pelabur asing yang berterusan, dengan jumlah mencecah MYR10.9 bilion sejak Oktober 2024. Walaupun Ringgit semakin kukuh kepada 4.41 per USD dan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 dengan inflasi kekal rendah, pasaran saham masih menunjukkan kelemahan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Februari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama GeeGee Ahmad & Farhan Hakimi
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu

Pengurusan dana awam, kes buli antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jamaludin ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng.
Ringgit dijangka cecah paras sokongan 4.36 minggu ini
Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika minggu ini, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isteri hilang ditemui maut bersama 'kekasih gelap'
Seorang lelaki di Thailand yang mencari isteri hilang dikejutkan dengan penemuan wanita itu yang maut bersama bersama kekasihnya dalam kereta diletakkan di jalan dekat wilayah tengah Chachoengsao.

Upah tinggi faktor rakyat tempatan sanggup jadi tali barut bawa masuk PATI
Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak sebagai tekong darat.

Sindiket penipuan kerja Myanmar: Kementerian Luar bantu 15 rakyat Malaysia di Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesahkan identiti rakyat Malaysia yang terlibat.

Keputusan kes dadah penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain diketahui 6 Mac
Mahkamah Wilayah Narathiwat akan membuat keputusan kes dadah membabitkan penyanyi terkenal Kelantan bersama suami dan empat rakannya pada 6 Mac depan.

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.

Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.

ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.

Rizal Tisin kini bimbing skuad berbasikal trek Thailand
Mohd Rizal berkata beliau diberikan kontrak selama setahun oleh Thaicycling Association.