Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Julai 2023.
1. Serangan Israel: 'Kami dijadikan perisai manusia' - Penduduk Jenin
Penduduk di Jenin antaranya berdepan detik cemas apabila rumah mereka diserbu oleh tentera Israel.
2. Xi Jinping gesa dunia sumbang lebih usaha untuk kedamaian dan pembangunan
Presiden China Xi Jinping berkata dunia sedang mengalami transformasi dan pergolakan, perubahan yang tidak pernah terjadi dalam seabad kini berlaku dengan pantas.
3. Pergolakan di Perancis, Macron pertimbang sekat media sosial
Beliau berkata perlu untuk mempertimbangkan perkara itu memandangkan penggunaan rangkaian media sosial oleh golongan muda yang menyertai protes dan kemungkinan untuk mengenakan sekatan.
4. Dunia catat rekod hari paling panas
Dunia pada 3 Julai mencatatkan rekod baharu untuk hari paling panas, menurut data Pusat Ramalan Alam Sekitar Amerika Syarikat (AS).
5. Korea Selatan hormati laporan IAEA mengenai air sisa loji nuklear Fukushima
Kerajaan Korea Selatan menghormati hasil laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengenai perancangan Jepun untuk melupuskan air sisa loji nuklear Fukushima.
6. Tentera Israel mula berundur dari Jenin
Menurut tentera Israel, pasukan pertama meninggalkan bandar itu pada lewat petang Selasa. Tidak dapat dipastikan berapa lama masa akan diambil untuk proses pengunduran itu.
7. Pelepasan air loji nuklear Fukushima dijadual Ogos - Laporan
Kerajaan Jepun berkemungkinan akan memulakan pelepasan air terawat dari loji nuklear Fukushima ke laut seawal Ogos, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan.
8. Majlis Keselamatan PBB bersidang Jumaat, bincang ketegangan memuncak di Tebing Barat
Pertemuan itu dikemukakan oleh Emiriah Arab Bersatu dan majlis yang dianggotai 15 ahli itu akan bertemu dalam sesi mesyuarat tertutup.
9. Doktor muda di UK cadang mogok sehingga Januari tahun depan
HCSA di England akan melanjutkan mogok mereka selama enam bulan lagi selepas 96.5 peratus ahlinya menyokong keputusan itu.
10. 3 maut, 8 cedera dalam insiden tembakan di Texas
Insiden tembakan berlaku semasa perhimpunan tahunan yang dikenali sebagai "ComoFest".
Astro Awani
Wed Jul 05 2023

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Pejabat Parlimen Lembah Pantai salur RM40,000 untuk 40 surau, semarak aktiviti Ramadan
Sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.

90 peratus penduduk Syria hidup dalam kemiskinan selepas bertahun-tahun perang saudara
Perang saudara selama 14 tahun di Syria telah menyebabkan 618,000 nyawa terkorban dan 13,000 orang hilang secara paksa.

Malaysia komited perkukuh kerjsama antarabangsa demi kesejahteraan bersama
Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam merealisasikan pembangunan yang lebih adil, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan bersama.

Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah
Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 yang berakhir hari ini tidak membincangkan sebarang persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

Tiada rancangan rombakan Kabinet Sarawak - Abang Johari
Tiada rombakan Kabinet negeri akan dilakukan susulan keputusan pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abdul Karim gagal pertahan jawatan Naib Presiden PBB, Ibrahim Baki raih undi tertinggi
Abdul Karim Rahman Hamzah gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden sayap Bumiputera PBB pada pemilihan semalam.

PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Ahad menyambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan yang diterajui Perdana Menteri Nawaf Salam serta berikrar menyokong keutamaan pentadbiran itu.

Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA
Mekanisme bidang kuasa universal boleh digunakan untuk mendakwa dan memastikan tindakan undang-undang dikenakan kepada Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawai Israel.

AS tarik diri Majlis Hak Asasi Manusia PBB, henti dana untuk pelarian Palestin - Laporan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka menandatangani perintah eksekutif pada Selasa untuk menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.