ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 3 Jun 2022.
1. Tiga bandar di AS umum kes pertama disyaki cacar monyet
Bandar Los Angeles, Chicago dan Philadelphia telah merekodkan kes pertama disyaki cacar monyet, dan semua sampel sudah dihantar ke Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) untuk pengesahan.
2. Cacar monyet: Jumlah kes di Perancis meningkat kepada 33 kes
Jumlah kes cacar monyet yang disahkan di Perancis meningkat kepada 33 kes, pada Khamis.
3. Korea Selatan mansuh peraturan kuarantin mulai 8 Jun
Kerajaan Korea Selatan akan menarik balik peraturan kuarantin tujuh hari bagi penumpang luar negara yang tidak mengambil vaksin COVID-19, mulai Rabu depan, kata Perdana Menteri Han Duck Soo pada Jumaat.
4. Gempa bermagnitud 5.6 melanda Naha, Jepun - USGS
Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan 142 kilometer (km) barat daya Naha, Jepun pada pagi Jumaat
5. Gempa bumi sederhana gegar selatan Filipina
Gempa bumi bermagnitud 5.6 menggegarkan wilayah Surigao del Sur di selatan Filipina pada Jumaat.
6. Putera Andrew positif COVID-19, terlepas Jubli Platinum Ratu Elizabeth II
Putera Britain, Andrew telah diuji positif COVID-19 dan akan terlepas upacara Jubli Platinum yang diadakan untuk Ratu Elizabeth pada Jumaat.
7. Ratu Elizabeth II rai sambutan ke-70 tahun atas takhta Britain
Britain memulakan sambutan empat hari bagi meraikan ulang tahun ke-70 pemerintahan Ratu Elizabeth II.
8. Tiada jalan kembali ke Hollywood untuk Amber Heard - Pakar perhubungan awam
Pelakon Amber Heard berdepan risiko kemusnahan kerjaya dan kewangan selepas kalah dalam kes saman fitnah ke atas bekas suaminya, pelakon Johnny Depp, yang menyebabkan dia kerugian AS$8.35 juta (RM36.6 juta).
9. Penghantaran TKI tertunda kerana masalah visa, dokumen - BP2MI
Penundaan penghantaran 148 Tenaga Kerja Indonesia (TKI) untuk sektor perladangan Malaysia pada Selasa lalu berpunca masalah visa dan dokumen tidak lengkap.
10. "Ril, mama pulang dulu ya..." - Nukilan pilu ibu Eril yang lemas di Switzerland
Ibu Emmeril Kahn Mumtadz (Eril), Atalia Praratya menitipkan nukilan sedih di akaun Instagram rasminya pada Jumaat selepas anak sulungnya itu masih belum ditemui selepas dilaporkan hilang sejak Khamis lepas di Sungai Aare, Switzerland.
Astro Awani
Fri Jun 03 2022

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.

Gencatan senjata Lubnan-Israel kekal hingga 18 Februari ini
Perjanjian antara Lubnan dan Israel, yang dipantau oleh AS, akan terus berkuat kuasa sehingga 18 Februari depan.

Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.

AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi
Amerika Syarikat (AS) bertindak mengenakan sekatan terhadap entiti berkaitan Iran dan kumpulan Houthi.

Korea Selatan, AS, Jepun lancar sekretariat tiga pihak di Seoul
Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), dan Jepun secara rasmi melancarkan sekretariat untuk kerjasama tiga pihak pada Rabu, selepas pengumumannya dibuat di sidang kemuncak pemimpin mereka minggu lepas,

Skandal rasuah: Ahli perniagaan Malaysia 'Fat Leonard' dihukum penjara 15 tahun di AS
Kontraktor pertahanan Malaysia, Leonard Francis yang lebih dikenali sebagai "Fat Leonard," dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.

Malaysia kurang bersedia hadapi perubahan pentadbiran AS secara proaktif - Penganalisis
Walaupun sering menyertai forum antarabangsa seperti ASEAN dan PBB, penyertaan Malaysia lebih pasif berbanding sebagai pemimpin aktif dalam memperjuangkan isu global.

Pilihan raya AS: Petugas pilihan raya mula kira undi awal, pos
Petugas pilihan raya mula mengira undi awal dan undi melalui pos di Pusat Pengiraan dan Pilihan Raya Maricopa County di Phoenix, Arizona pada Rabu.

AS hantar sistem anti-peluru berpandu, tentera ke Israel
Presiden Joe Biden menjelaskan bahawa langkah ini diambil untuk mempertahankan Israel.

Hamas dakwa Israel lakukan genosid di Jabalia dengan perlindungan AS
Serangan tidak berperikemanusiaan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan lebih daripada 90 cedera.

Perjanjian gencatan senjata di Gaza perlu selesai segera - Antony Blinken
AS, Mesir dan Qatar akan melakukan segala yang mungkin untuk memastikan Hamas bersetuju dengan "cadangan perantara" tersebut.