Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 24, 2022 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 Januari 2022.
1. AS arahkan kakitangan kedutaannya tinggalkan Ukraine
Warga AS di Ukraine harus mempertimbangkan untuk berlepas sekarang menggunakan pengangkutan komersial atau persendirian.
2. COVID-19: Kes meningkat sebelum Sukan Olimpik, Beijing laksana lebih banyak sekatan
Sembilan kes jangkitan tempatan dilaporkan di Beijing pada 22 Jan, enam daripadanya dikesan di daerah Fengtai.
3. COVID-19 | Genap dua tahun sejak perintah berkurung di bandar Wuhan
Tanggal 23 Januari 2020, China mengumumkan penutupan di semua sektor, termasuk penerbangan dan pengangkutan awam dalam usaha menghentikan penularan virus yang pada ketika itu hanya mengorbankan 17 nyawa sebelum mencecah 5.6 juta nyawa setakat ini.
4. Asteroid sebesar dua 'Statue of Liberty' mendekati Bumi
Objek besar itu dijangka melintas melepasi Bumi pada kelajuan 15,288 kilometer sejam pada 24 Januari.
5. Sekatan COVID-19 | Rakyat bantah pemendekan tempoh sijil vaksinasi
Penunjuk perasaan berkumpul di Brussels untuk memprotes langkah sekatan COVID-19 dan sijil vaksinasi yang dilaksana kerajaan Belgium. Ia susulan keputusan kerajaan mengurangkan kesahihan sijil vaksinasi daripada 270 hari kepada 150 hari.
6. COVID-19 | Eropah bakal saksikan pengakhiran pandemik
Varian Omicron menyaksikan pandemik COVID-19 beralih ke fasa baharu dan ia dijangka boleh dihentikan di Eropah. Itu pandangan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah, Hans Kluge.
7. Kes COVID-19 Vietnam hampir cecah 15,000
Jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 negara itu mencecah 2,141,422 dengan jumlah kematian sebanyak 36,719.
8. 9.79 bilion dos vaksin COVID-19 didaftar di seluruh dunia
China mendahului dengan lebih 2.87 bilion dos vaksin sudah didaftarkan.
9. COVID-19: Kes positif global lebih 350 juta, korban 5.59 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 70.6 juta kes.
9. Liverpool terus himpit Manchester City
The Reds yang dominan mendahului 2-0 separuh masa pertama memerlukan penalti lewat Fabinho memadamkan kebangkitan Crystal Palace.
#Ukraine #US #Wuhan #Beijing #Olimpik #Brussells #asteroid #Liverpool
;