Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Farhana Joni
Disember 17, 2020 23:51 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis 17 Disember 2020.
1) Lelaki maut diserang badak air peliharaan
Seorang lelaki di Afrika Selatan maut selepas diserang haiwan peliharaannya iaitu seekor badak air.
Marius Els, 40, seorang petani yang menetap di wilayah Free State di Afrika Selatan ditemui mati berhampiran sungai selepas digigit haiwan itu berulang kali.
2) Trump 'dihalau', penduduk enggan berjiran dengannya
Portal Global News melaporkan beberapa penduduk di Palm Beach, Florida meminta pihak berkuasa di bandar itu melarang Trump untuk menetap di resort Mar-a-Lago setelah beliau dijangka meninggalkan pejabatnya di White House bulan depan.
3) Tradisi pusat penjaja Singapura diiktiraf UNESCO
Pengiktirafan daripada pihak Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu diberikan atas sebab nilai signifikasi budaya dalam kalangan rakyat pulau republik itu.
4) Presiden Perancis, Emmanuel Macron, positif COVID-19
Presiden Perancis, Emmanuel Macron didapati positif COVID-19 berdasarkan keputusan satu ujian saringan kesihatan, lapor media negara itu.
Perkara tersebut disahkan Istana Presiden Elysee pada Khamis, yang menambah, pemeriksaan ke atasnya dibuat selepas Macron menunjukkan simptom-simptom awal bagi jangkitan itu.
5) COVID-19: WHO ingatkan vaksin bukan penyelesaian 'silver bullet'
Pengarah WHO di Rantau Pasifik Barat, Dr Takeshi Kasai berkata, ia adalah bagi memastikan golongan berisiko tinggi di setiap negara mendapat akses kepada bekalan itu secara sama rata menjelang akhir tahun depan.
6) "Saya sangat bertuah!", 'Gandalf' sudah terima suntikan vaksin COVID-19
Pelakon veteran Sir Ian McKellen, 81, menjadi selebriti terkini yang mendedahkan kepada umum tentang keputusan menerima suntikan vaksin COVID-19, lapor portal berita BBC.
Pemegang watak Gandalf dalam filem Lord of The Rings dan Magneto dalam X-Men itu berkata dia berasa sangat teruja menerima vaksin tersebut di Hospital Queen Mary, di London.
7) Kakitangan kesihatan di Alaska alami alergi teruk selepas disuntik vaksin COVID-19
Seorang kakitangan kesihatan di Alaska, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan mengalami masalah alergi yang serius selepas menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.
Tindak balas terhadap vaksin itu diperoleh sejurus selepas dia disuntik imunisasi berkenaan pada Selasa.
8) UK dakwa terdapat bukti kukuh wujud buruh paksa di Xinjiang, China
“Bukti adanya buruh paksa dalam kalangan pekerja Uighur di Xinjiang dan serata negara adalah cukup kukuh, dan ia (bukti) yang sedang menyusul ini menyebabkan kerisauan terhadap kerajaan United Kingdom (UK),” kata Menteri Pegawai Luar, Nigel Adams ketika sesi perbahasan di Parlimen.
9) COVID-19: Lebih 130,000 rakyat UK divaksinasi pada minggu pertama
Perkara ini dimaklumkan Menteri Kesihatan UK, Nadhim Zahawi melalui ciapan Twitternya yang menyatakan seramai 137,897 individu telah diberi dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech di antara 8 hingga 15 Disember.
10) WHO hantar saintis ke Wuhan, siasat punca penyakit COVID-19
Kumpulan ini akan menyiasat dakwaan virus SARS-CoV-2 punca penyakit COVID-19 berasal dari bandar itu.
#COVID-19 #vaksin #Donald Trump #badak air #Unesco #Singapura #Perancis #Emmanuel Macron #Silver Bullet #WHO #Sir Ian McKellen #bbc #Wuhan #Bumi #United Kingdom #Nadhim Zahawi
;