ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 9 September 2020.

1) COVID-19: Singapura catat 75 kes baharu, 14 kes import

Singapura dalam pengesahan awal memaklumkan tambahan 75 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan 14 kes import.

2) Muncul 'penyakit misteri', AstraZeneca hentikan sementara ujian cubaan vaksin COVID-19

Syarikat farmaseutikal AstraZeneca pada Selasa memaklumkan bahawa ujian klinikal vaksin COVID-19 yang dijalankan sebelum ini diberhentikan dahulu buat masa ini.

3) Dijangkiti COVID-19 ketika mendandan rambut dan solek rakan karib

Tindakan mengambil mudah langkah keselamatan kesihatan menyebabkan seorang jurulatih kecergasan dijangkiti COVID-19 apabila dia dijangkiti daripada rakan karibnya sendiri.

4) Aktres Bollywood ditahan dipercayai edar dadah, sebabkan kematian teman lelaki

Aktres Bollywood Rhea Chakraborty ditahan polis dipercayai atas kesalahan mengedar dadah.

5) Lelaki hidap kanser tembak isteri, anak sebelum bunuh diri

Seorang lelaki penghidap kanser dilapor membunuh isteri dan dua anaknya sebelum membunuh diri.

6) Lebih 4,000 kematian dalam 24 jam, angka korban COVID-19 cecah 894,000

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kematian global meningkat lebih 4,000 kes dalam tempoh 24 jam.

7) Lebih 220,000 kes baharu COVID-19 direkod dalam 24 jam, angka kini cecah 27.4 juta

Angka jangkitan baharu positif COVID-19 dunia terus meningkat kepada lebih 220,000 kes dalam tempoh 24 jam.

8) Kanak-kanak 8 tahun maut dalam insiden tembakan di Chicago

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun terbunuh manakala dua mangsa dewasa cedera dalam insiden tembakan di Chicago pada Isnin ketika dalam sebuah kenderaan menuju Southside bandar berkenaan.