KUALA LUMPUR: Kebelakangan ini, banyak kes melibatkan telefon pintar meletup dilaporkan sehingga ada yang meragut nyawa orang sekeliling.
Terbaharu seorang bayi dilaporkan maut di Bareilly, India selepas dipercayai telefon pintar yang sedang dicas bersebelahannya meletup. Bayi itu disahkan meninggal dunia di hospital ketika dirawat.
Insiden serupa turut berlaku awal tahun ini selepas telefon pintar seorang penumpang dalam pesawat IndiGo dikatakan tiba-tiba terbakar menyebabkan kesemua penumpang panik.
Sebagai pengguna telefon pintar, ambil tahu cara bagaimana untuk mengelakkan dari insiden ini berlaku;
1) Bateri ‘mengembung’
Insiden berlaku di Bareilly yang menyebabkan seorang bayi maut dilaporkan selepas bateri telefon pintar mula menunjukkan perubahan. Bateri mula mengembung ketika dicas.
Jangan biarkan insiden ini berulang, sentiasa periksa keadaan bateri telefon anda. Jika skrin mula mengembung atau bengkak, letakkan telefon pintar jauh dari orang sekeliling. Sentiasa peka dengan perubahan pada telefon pintar.
2) Telefon rosak
Jangan sesekali menggunakan telefon yang rosak/tidak berfungsi. Skrin atau bingkai telefon yang retak berkemungkinan boleh mengalirkan cecair meresap masuk ke dalam peranti sekali gus merosakkan komponen dalaman seterusnya menyebabkan litar pintas.
3) Pengecas telefon tiruan
Hati-hati dengan pengecas tiruan. Mirror UK melaporkan kes pada 2019 yang mana seorang lelaki di Chonburi, Thailand maut akibat kejutan elektrik ketika sedang mengecas telefon bimbit. Mangsa dipercayai menggunakan kabel tiruan yang disambungkan ke plug tambahan. Jangan sebab nak jimat, nyawa pula melayang.
4) Terlebih cas
Sebaik-baiknya cas telefon bimbit secukupnya dan tutup suis apabila selesai mengecas telefon. Ada kemungkinan pengecasan semalaman boleh menjejaskan bateri telefon anda.
5) Letak telefon di tempat panas terlalu lama
Bateri telefon pintar direka khas untuk bekerja pada suhu tertentu. Mendedahkan telefon pintar secara kerap kepada suhu panas boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang pada bateri. Jauhkan telefon pintar dari terkena cahaya matahari secara langsung. - Agensi
Agensi
Wed Sep 14 2022
![Berhati-hati, ini antara sebab telefon pintar anda mudah meletup! Berhati-hati, ini antara sebab telefon pintar anda mudah meletup!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663145753_Phonemeletup.jpg)
Sebagai pengguna telefon pintar, ambil tahu cara bagaimana untuk mengelakkan dari insiden ini berlaku. - REUTERS
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
![Orang ramai diminta waspada, jangan muat turun sebarang APK Orang ramai diminta waspada, jangan muat turun sebarang APK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-07/61532169216_apps.jpg)
Orang ramai diminta waspada, jangan muat turun sebarang APK
Hal ini kerana penggodaman telefon pintar ialah modus operandi yang sering digunakan penjenayah untuk tujuan mencuri data dan mengakses maklumat kewangan.
![Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714101328_GoogleMeetjpg.jpg)
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
![Magnetometer telefon pintar kini boleh kesan tahap glukosa, PH tanpa sampel darah Magnetometer telefon pintar kini boleh kesan tahap glukosa, PH tanpa sampel darah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712200045_BPmagnetjpg.jpg)
Magnetometer telefon pintar kini boleh kesan tahap glukosa, PH tanpa sampel darah
Penyelidik melihat alat ukuran rekaan mereka ini boleh digunakan untuk menyukat tahap glukosa dalam tubuh menggunakan air liur oleh pesakit diabetes.
![Pelajar kolej vokasional ditemukan meninggal dunia, 13 ditahan bantu siasatan Pelajar kolej vokasional ditemukan meninggal dunia, 13 ditahan bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711112075_TBPELAJARBUNUH.jpg)
Pelajar kolej vokasional ditemukan meninggal dunia, 13 ditahan bantu siasatan
Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di atas lantai di bilik asrama sebuah kolej vokasional, di sini pagi tadi.
![Sistem kesan apnea tidur Samsung Galaxy Watch terima kelulusan FDA Sistem kesan apnea tidur Samsung Galaxy Watch terima kelulusan FDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707707466_SamsungGalaxyWatch.jpg)
Sistem kesan apnea tidur Samsung Galaxy Watch terima kelulusan FDA
Sistem pengesanan apnea tidur Samsung memerlukan waktu tidur pemakai dijejak selama empat jam sehari selama dua hari.
![7 daripada 10 telefon paling laris 2023 ialah iPhone, 3 lagi keluaran Samsung 7 daripada 10 telefon paling laris 2023 ialah iPhone, 3 lagi keluaran Samsung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707461556_TBChartjpg.jpg)
7 daripada 10 telefon paling laris 2023 ialah iPhone, 3 lagi keluaran Samsung
iPhone 14 Pro Max mencatatkan jualan tertinggi dengan 34 juta unit.
![Apple dilapor bangunkan dua prototaip iPhone dengan skrin boleh lipat Apple dilapor bangunkan dua prototaip iPhone dengan skrin boleh lipat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707366063_TBiPhonejpg.jpg)
Apple dilapor bangunkan dua prototaip iPhone dengan skrin boleh lipat
Pembangunan masih pada peringkat yang sangat awal, dan sekiranya melangkah ke tahap pengeluaran, ia dijangka tidak seawal 2024 atau 2025.
![Ketagihan telefon pintar: Minimal dibangun dengan papan kekunci fizikal, skrin e-ink Ketagihan telefon pintar: Minimal dibangun dengan papan kekunci fizikal, skrin e-ink](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706421121_TelefonPintar.jpg)
Ketagihan telefon pintar: Minimal dibangun dengan papan kekunci fizikal, skrin e-ink
SUDAH wujud beberapa percubaan untuk mengembalikan era papan kekunci fizikal pada telefon pintar moden tetapi semuanya berakhir dengan kegagalan seperti Blackberry Ket 2.
![Bateri telefon tahan 50 tahun tanpa perlu dicas sedang dibangunkan Bateri telefon tahan 50 tahun tanpa perlu dicas sedang dibangunkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705129279_BateriNuklear.jpg)
Bateri telefon tahan 50 tahun tanpa perlu dicas sedang dibangunkan
Betavolt mengumumkan kejayaan membina bateri nuklear yang boleh bertahan sehingga 50 tahun tanpa perlu dicas.
![Rabbit R1 satu lagi peranti AI cuba ganti telefon pintar Rabbit R1 satu lagi peranti AI cuba ganti telefon pintar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704968569_TBrabbutjpg.jpg)
Rabbit R1 satu lagi peranti AI cuba ganti telefon pintar
AI ada masa hadapan yang cerah, tidak seperti NFT. Penggunaan AI generatif benar-benar dilihat boleh membantu manusia.