WASHINGTON: Belon China yang ditembak jatuh oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di atas perairan wilayah AS pada awal Februari tidak mengumpul maklumat risikan, agensi berita Jerman (dpa) memetik Pentagon.
"Seperti yang anda dengar pada masa itu, kami sedar bahawa (belon) mempunyai keupayaan mengumpul risikan," kata jurucakap Pentagon Pat Ryder pada sidang media pada Khamis ketika disoal oleh wartawan berkenaan pesawat itu.
"Tetapi ia adalah (...) dan berdasarkan penilaian kami sekarang ia (belon) tidak mengumpul maklumat risikan semasa sedang transit di Amerika Syarikat atau terbang di udara Amerika Syarikat," menurut Ryder.
Beliau berkata pada masa itu Washington mengambil "langkah untuk menangani usaha mengumpul belon itu" tanpa memberikan butiran lanjut.
Hubungan antara Washington dan Beijing tegang apabila tentera AS mengesan apa yang disyaki pegawai AS pada masa itu sebagai belon pengintip China di ruang udara AS.
Tentera Udara AS menembak jatuh belon itu pada 4 Feb di luar pantai Carolina Selatan selepas ia berlegar di atas tanah besar AS selama beberapa hari.
Washington menuduh China mengintip, tetapi dibantah oleh Beijing.
Berikutan itu, setiausaha negara AS Antony Blinken membatalkan lawatannya ke Beijing, namun akhirnya meneruskan perjalanan ke China pada Jun.
Semasa lawatan Blinken ke Beijing, kedua-dua pihak menyatakan hasrat mereka untuk menstabilkan hubungan yang mencabar.
Situasi kembali tegang tidak lama selepas itu apabila Presiden AS Joe Biden menyamakan Presiden China Xi Jinping seperti "diktator".
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 30 2023
![Belon China tidak kumpul maklumat risikan AS - Pentagon Belon China tidak kumpul maklumat risikan AS - Pentagon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71688126553_surveillanceballoon.jpg)
Hubungan antara Washington dan Beijing tegang apabila tentera AS mengesan apa yang disyaki pegawai AS pada masa itu sebagai belon pengintip China di ruang udara AS. - Gambar Reuters
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
![Taiwan kesan belon China menjelang pilihan raya Taiwan kesan belon China menjelang pilihan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675849158_balloon.jpg)
Taiwan kesan belon China menjelang pilihan raya
Kementerian Pertahanan Taiwan pada Rabu berkata empat belon China dikesan melintasi garisan median Selat Taiwan pada Selasa.
![Belon China tidak kumpul maklumat risikan AS - Pentagon Belon China tidak kumpul maklumat risikan AS - Pentagon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71688126553_surveillanceballoon.jpg)
Belon China tidak kumpul maklumat risikan AS - Pentagon
Belon China yang ditembak jatuh oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di atas perairan wilayah AS pada awal Februari tidak mengumpul maklumat risikan, agensi berita Jerman (dpa) memetik Pentagon.