TEHRAN: Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad telah mendaftarkan pencalonannya untuk Pilihan Raya Presiden kilat selepas kematian Presiden Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter, lapor Sputnik yang memetik media negara itu pada Ahad.
Ahmadinejad memasuki bangunan Kementerian Dalam Negeri yang menempatkan ibu pejabat suruhanjaya pilihan raya untuk mendaftar sebagai calon, menurut laporan itu.
Sementara itu, Menteri Kebudayaan dan Bimbingan Islam Iran, Mohammad Mehdi Esmaili juga telah menyertai perlumbaan untuk pilihan raya presiden kilat ini, menurut laporan agensi berita Iran, Fars pada Ahad.
Esmaili memasuki bangunan Kementerian Dalam Negeri yang menempatkan ibu pejabat suruhanjaya pilihan raya untuk mendaftar sebagai calon, kata laporan itu.
Beberapa ahli politik terkemuka Iran juga menyertai kempen ini, termasuk bekas Pengerusi Parlimen, Ali Larijani dan Gabenor Bank Pusat, Abdul Nasser Hemmati, antara lain, lapor media Iran.
Di bawah Perkara 131 Perlembagaan Iran, Pilihan Raya Presiden mesti diadakan dalam tempoh 50 hari selepas pengisytiharan kematian atau ketidakupayaan presiden dan pemindahan tugas kepada naib presiden pertama. Jawatan ini kini dipegang oleh Mohammad Mokhber.
Mengikut kalendar pilihan raya yang diluluskan, pendaftaran calon akan berlangsung dari 30 Mei hingga 3 Jun, dan pemeriksaan kelayakan akan dijalankan dari 4 hingga 10 Jun. Senarai akhir calon akan diumumkan pada 11 Jun, lapor agensi berita Mehr.
Kempen akan dibenarkan selama dua minggu, dari 12 hingga 26 Jun. "Hari berdiam diri" akan diisytiharkan sehari sebelum pilihan raya dan kempen adalah dilarang. Pilihan Raya Presiden akan berlangsung pada 28 Jun. Pusingan kedua, jika perlu, akan diadakan pada 5 Julai.
--BERNAMA-SPUTNIK
Bernama
Sun Jun 02 2024
Ahmadinejad memasuki bangunan Kementerian Dalam Negeri yang menempatkan ibu pejabat suruhanjaya pilihan raya untuk mendaftar sebagai calon. - Gambar fail/Reuters
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Perkembangan banjir di Sabah dan Sarawak
- Kes tembak Tanjung Rhu: Anwar beri jaminan siasatan telus
- Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Sabah dan Sarawak
- Kes tembak Tanjung Rhu: Anwar beri jaminan siasatan telus
- Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
#AWANIpagi #AWANInews
PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Kadar gaji minimum RM 1,700 mulai 1 Februari 2025
Berkuat kuasa hari ini, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan kepada semua pekerja.
Citaglobal beli tanah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta
Citaglobal beli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
China tuntut AS siasat nahas udara di Washington
China menuntut Amerika Syarikat (AS) menyiasat insiden nahas udara berhampiran Washington, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa, Rabu lalu.
Trump sokong usaha Kongres gubal undang-undang transgender
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan menyokong usaha Kongres menggubal undang-undang berkaitan transgender.
Trump mahu kenakan tarif import Kanada, Mexico bermula hari ini
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sahkan akan meneruskan ancamannya untuk mengenakan tarif sempadan sebanyak 25 peratus ke atas import dari Kanada dan Mexico mulai Sabtu.
Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad sertai Pilihan Raya Presiden
Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad telah mendaftarkan pencalonannya untuk Pilihan Raya Presiden kilat selepas kematian Presiden Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter.
Protes Iran: Polis maut ditembak penunjuk perasaan
Anggota polis itu maut apabila penunjuk perasaan melepaskan tembakan di pusat bandar Najafabad, yang turut mencederakan tiga anggota lain.
Rowhani dijangka kembalikan kegemilangan Iran
Kemenangan Hassan Rowhani dalam pemilihan Presiden Iran dijangka akan mengembalikan semula kegemilangan Republik Islam itu.
Hassan Rouhani ikrar pulihkan Tehran dan dunia barat
Hassan Rouhani berikrar untuk memulihkan hubungan Tehran dan dunia barat jika dipilih sebagai presiden.
Presiden Iran dilempar kasut
Seorang penunjuk perasaan diberkas kerana melemparkan kasut ke arah Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.