WASHINGTON: Bekas pegawai polis Minnesota, Minneapolis, Thomas Lane, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana menyebabkan kematian lelaki kulit hitam Amerika, George Floyd, lapor Xinhua.
Lane pada Mei lepas mengaku salah membantu dan bersubahat membunuh tanpa niat. Dia juga didapati bersalah pada Februari, bersama dua lagi bekas anggota polis Minneapolis, dengan pertuduhan hak sivil persekutuan, berhubung kematian Floyd.
Lane sedang menjalani hukuman penjara dua setengah tahun di penjara persekutuan di Littleton, Colorado. Sebagai sebahagian daripada tawaran rayuan beliau bagi pertuduhan itu, Lane akan jalani hukuman itu serentak di penjara persekutuan itu.
Floyd, 46, terbunuh pada 25 Mei, 2020, selepas rakan setugas Lane, Derek Chauvin, menghimpit lehernya lebih sembilan minit.
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun ke atas Chauvin pada awal musim panas lepas kerana melanggar hak sivil Floyd.
Kematian Floyd mencetuskan kemarahan dan bantahan di seluruh AS pada musim panas 2020 akibat kekejaman dan sikap perkauman polis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2022

Bekas pegawai polis Minnesota, Minneapolis, Thomas Lane (gambar), dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana menyebabkan kematian George Floyd. - Foto AP
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Mahkamah benar permohonan semakan, bekas pegawai polis bebas tuduhan pengubahan wang haram
Mahkamah Rayuan membebas dan melepaskan seorang bekas pegawai kanan polis daripada lapan pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM3.35 juta.

KDN cadang RUU khusus kawal selia kebajikan pesara, bekas pegawai polis
Akta tersebut akan menjadi punca kuasa untuk mengawalselia pesara dan bekas pegawai polis, termasuk persatuan-persatuan veteran polis.

Bekas polis Minneapolis dipenjara 3 tahun sebabkan kematian George Floyd
Bekas pegawai polis Minnesota, Minneapolis, Thomas Lane, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana menyebabkan kematian George Floyd.

Rasuah: Hukuman penjara tiga tahun terhadap bekas inspektor polis kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM125,000 ke atas seorang bekas pegawai polis berpangkat inspektor yang didapati bersalah atas dua pertuduhan rasuah.

Akibat dendam, bekas pegawai polis dedah anggota terlibat jenayah terancang
Seorang bekas pegawai polis ditahan kerana dipercayai menjadi dalang memuat naik senarai nama anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didakwa terlibat pelbagai sindiket jenayah terancang