Bekas Perdana Menteri Korea Selatan, Han Myeong-Sook dihukum penjara dua tahun kerana disabitkan kesalahan menerima dana politik secara tidak sah.
Myeong-Sook, 71 tahun merupakan perdana menteri wanita pertama negara itu yang berkhidmat selama setahun bermula pada April 2006.
Pada 2010, beliau dibicarakan atas tuduhan menerima dana secara tidak sah berjumlah 880 juta Won (RM3.1juta) daripada seorangan ahli perniagaan untuk kempen pemilihan presiden pada 2007. Beliau bagaimanapun kalah dalam pemilihan berkenaan.
Myeong-Sook gagal disabitkan kesalahan selepas mahkamah daerah mendapati keterangan ahli perniagaan tersebut sebagai tidak boleh dipercayai. Kes berkenaan kemudiannya dibicarakan di mahkamah tinggi.
Pada 2013, hakim mahkamah tinggi memutuskan Myeong-Sook bersalah dan dihukum penjara dua tahun. Namun bekas perdana menteri itu kemudiannya mengemukakan rayuan di Mahkamah Agung.
Mahkamah Agung antara lain mengekalkan keputusan mahkamah tinggi dan menolak rayuan Myeong-Sook.
"Saya tidak dapat menerima keputusan mahkamah dan tetap dengan pendirian sebagai tidak bersalah," kata Myeong-Sook dalam satu kenyataan susulan keputusan Mahkamah Agung.
Agensi
Thu Aug 20 2015
![Bekas PM Korea Selatan masuk penjara kerana dana politik haram Bekas PM Korea Selatan masuk penjara kerana dana politik haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/71440080644_HanMyeongsook.jpg)
Pada 2010, beliau dibicarakan atas tuduhan menerima dana secara tidak sah berjumlah 880 juta Won (RM3.1juta) daripada seorangan ahli perniagaan untuk kempen pemilihan presiden pada 2007. - Foto EPA
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![Warisan nafi dapat dana daripada sindiket pengedaran dadah di Sabah - Setiausaha Agung Warisan nafi dapat dana daripada sindiket pengedaran dadah di Sabah - Setiausaha Agung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703652681_TBLORETTO.jpg)
Warisan nafi dapat dana daripada sindiket pengedaran dadah di Sabah - Setiausaha Agung
Parti itu anggap tuduhan yang dilemparkan sebagai fitnah politik melampau bagi menjatuhkan reputasi parti itu serta pemimpin-pemimpinnya.
![Isu dana judi: Parti disiasat tidak perlu panik, kelam-kabut - Azalina Isu dana judi: Parti disiasat tidak perlu panik, kelam-kabut - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61685688668_AzalinaOthman.jpg)
Isu dana judi: Parti disiasat tidak perlu panik, kelam-kabut - Azalina
Siasatan berhubung dakwaan dana judi melibatkan Perikatan Nasional (PN) semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak terhenti pada satu agensi sahaja.
![Dana politik: Bukan hanya pembangkang, pemimpin kerajaan turut disiasat - PM Anwar Dana politik: Bukan hanya pembangkang, pemimpin kerajaan turut disiasat - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679975928_AnwarIbrahim.jpg)
Dana politik: "Bukan hanya pembangkang, pemimpin kerajaan turut disiasat" - PM Anwar
Pihak penguatkuasa sahkan bahawa siasatan terhadap pemimpin kerajaan turut dilakukan, kata PM.
![[KOLUMNIS] Keperluan kawalan ke atas pembiayaan politik [KOLUMNIS] Keperluan kawalan ke atas pembiayaan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679394881_DanaPolitik.jpg)
[KOLUMNIS] Keperluan kawalan ke atas pembiayaan politik
Maruah diri tidak lagi bernilai tetapi kedudukan dan wang ringgit menjadi kayu ukur kejayaan seseorang. Maruah negara di mata dunia tidak diperdulikan hanya kerana ingin mengekalkan kuasa.
![Haramkan penerimaan dana politik dari luar, cadang Tengku Razaleigh Haramkan penerimaan dana politik dari luar, cadang Tengku Razaleigh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679274580_TBTENGKURAZALEIGH.jpg)
Haramkan penerimaan dana politik dari luar, cadang Tengku Razaleigh
Ku Li mendakwa, politik wang terus menular dalam negara disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang longgar dan lemah.
![Pembelian undi tidak kira apa istilah tetap satu kesalahan - G Manimaran Pembelian undi tidak kira apa istilah tetap satu kesalahan - G Manimaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669037220_Rasuah.jpg)
Pembelian undi tidak kira apa istilah tetap satu kesalahan - G Manimaran
Bukan hanya libatkan pemberian wang semata-mata tetapi jamuan dan tiket juga dikira elemen rasuah membeli undi.
![RUU Pendanaan Politik: DAP gesa libat urus dengan parti pembangkang RUU Pendanaan Politik: DAP gesa libat urus dengan parti pembangkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646667332_PilihanRayaNegeri.jpg)
RUU Pendanaan Politik: DAP gesa libat urus dengan parti pembangkang
DAP menggesa agar sesi libat urus mengenai kandungan RUU tersebut diadakan juga dengan parti pembangkang.
![RUU Sumbangan Politik larang terima dana daripada pihak berkaitan kerajaan RUU Sumbangan Politik larang terima dana daripada pihak berkaitan kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660652146_TBWANJUNAIDI.jpg)
RUU Sumbangan Politik larang terima dana daripada pihak berkaitan kerajaan
Turut dimasukkan ialah larangan menerima sumbangan daripada GLC dan syarikat yang menerima lesen atau geran daripada kerajaan.
![Dana politik: 'Hanya Muhyiddin yang boleh tentukan' - Tun Mahathir Dana politik: 'Hanya Muhyiddin yang boleh tentukan' - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655624205_TBmahathir.jpg)
Dana politik: 'Hanya Muhyiddin yang boleh tentukan' - Tun Mahathir
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak pernah menerima sumbangan dana politik berjumlah RM1.3 juta seperti yang didakwa baru-baru ini.
![Dana politik: SPRM siasat nama yang disebut dalam kes Zahid Hamidi Dana politik: SPRM siasat nama yang disebut dalam kes Zahid Hamidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650963416_SPRMMDBrasuah.jpg)
Dana politik: SPRM siasat nama yang disebut dalam kes Zahid Hamidi
SPRM mengesahkan telah menerima aduan terhadap individu-individu berkenaan, seperti yang dikemukakan di mahkamah semasa perbicaraan.