NEW DELHI: Ahli perniagaan Cyrus Mistry yang pernah berkhidmat sebagai pengerusi syarikat gergasi korporat India, Tata Sons meninggal dunia dalam nahas jalan raya pada Ahad.
Nahas berlaku ketika Mistry, 54, bersama tiga lagi penumpang dalam perjalanan dari Ahmedabad, Gujarat menuju ke Mumbai, lapor media India memetik polis.
Seorang lagi penumpang turut terbunuh manakala dua lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki melanggar pembahagi jalan di kawasan Palghar dekat Mumbai kira-kira 3 petang (waktu India).
Mistry ialah anak bongsu kepada mendiang Pallonji Mistry, bilionair empayar perniagaan Shapoorji Pallonji Group.
Sementara itu Perdana Menteri Narendra Modi berkata Mistry seorang ahli perniagaan yang hebat di India dan pemergiaannya satu kehilangan besar kepada dunia perdagangan dan industri.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 04 2022

Ahli perniagaan Cyrus Mistry yang pernah berkhidmat sebagai pengerusi syarikat gergasi korporat India, Tata Sons meninggal dunia dalam nahas jalan raya pada Ahad. - Gambar fail/REUTERS
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Bekas pengerusi Tata Group Cyrus Mistry maut dalam nahas jalan raya
Ahli perniagaan Cyrus Mistry yang pernah berkhidmat sebagai pengerusi syarikat gergasi korporat India, Tata Sons meninggal dunia dalam nahas jalan raya pada Ahad.