Hakim Randolph Moss menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Papadopoulos berbohong kepada pegawai FBI dalam satu siasatan yang dianggap penting kepada keselamatan negara.
Papadopoulos merupakan orang kedua dihukum penjara dalam siasatan selama 16 bulan ke atas Robert Mueller, kerana disyaki mengadakan pakatan sulit dengan Rusia.
Dua minggu lalu, dua lagi bekas penasihat Trump didapati bersalah dalam kes berkaitan.
Trump mengecam hukuman tersebut dan menyatakan siasatan itu menelan belanja jutaan dolar sejak ia bermula pada Mei 2017.
Dalam entri terbaharu di akaun Twitternya hari ini, Trump berkata "AS$28 juta untuk 14 hari, AS$2 juta sehari, tiada pakatan sulit. Hari terbaik untuk Amerika Syarikat!"
Siasatan ke atas Papadopoulos tersebut bermula selepas pihak FBI mendapat maklumat daripada seorang pegawai diplomatik Australia.
Papadopoulos dikatakan telah berhubung dengan pihak Rusia bagi mendapatkan rahsia Hillary Clinton.
Dia kemudian mengaku telah berbohong kepada pegawai FBI semasa disiasat pada 27 Januari 2017.
"Pada Januari 2017, saya melakukan satu kesilapan besar yang memaksa saya menanggung hukuman ini.
"Saya berasa sangat malu. Ketika itu, saya muda dan bercita-cita besar," kata Papadopoulos semasa memberi keterangan di mahkamah, di sini.
Dia juga didenda AS$9,500 selain dikenakan hukuman parol selama setahun dan dikehendaki menjalani khidmat masyarakat.