MEXICO CITY: Bekas datuk bandar Mexico City Claudia Sheinbaum Pardo menang pertandingan dalaman parti politik sayap kiri MORENA Mexico untuk menjadi calon presiden dalam pilihan raya presiden pada 2024, lapor Sputnik.

"Analisis data yang komprehensif meyakinkan kami bahawa Claudia Sheinbaum Pardo mempunyai kedudukan terbaik untuk dipertimbangkan sebagai penyelaras jawatankuasa untuk melindungi Transformasi Keempat," kata gabenor negeri Sonora Alfonso Durazo Montano yang juga antara pemimpin MORENA, pada Rabu.

Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador dijangka bertemu Sheinbaum dan calon utama yang lain pada 10 September sekembalinya dari Colombia untuk melaksanakan peralihan rasmi kepimpinan dalam parti MORENA.

Sheinbaum akan didaftarkan secara rasmi sebagai calon presiden Mexico.

-- BERNAMA