LOS ANGELES: Microsoft pada Ahad mengumumkan syarikat itu melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI Sam Altman dan pengasas bersama Greg Brockman untuk mengetuai pasukan penyelidik AI Microsoft.

"Kami kekal komited terhadap perkongsian kami dengan OpenAI dan yakin dengan pelan hala tuju produk, keupayaan kami untuk terus membuat pembaharuan di Microsoft Ignite, serta terus menyokong pelanggan dan rakan kongsi kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella di platform media sosial X.

Altman dipecat pada Jumaat selepas lembaga pengarah OpenAI tidak lagi yakin terhadap keupayaannya untuk terus menerajui OpenAI.

OpenAI diasaskan pada 2015 sebagai organisasi tidak berasaskan keuntungan dengan misi utama untuk memastikan kecerdasan buatan (AI) memberi manfaat kepada manusia.

Pada 2019, OpenAI distruktur semula untuk memastikan syarikat itu dapat mengumpul modal dalam usahanya menjayakan misi berkenaan.

-- BERNAMA