MOSCOW : Kementerian Dalam Negeri Rusia telah mengisytiharkan bekas banduan Sergei Savelyev, yang mendedahkan rakaman video penderaan dalam penjara kepada kumpulan hak asasi manusia, sebagai individu paling dikehendaki.
Berdasarkan notis dikeluarkan di laman sesawang Kementerian Dalam Negeri, Sergei Savelyev, dikehendaki berkaitan kes jenayah yang tidak dikhususkan.
Kumpulan hak asasi manusia Gulagu.net berkata, rakaman video yang didedahkan Savelyev menunjukkan kejadian penderaan serta rogol yang didakwa berlaku dalam sebuah penjara di wilayah Saratov, kira-kira 450 kilometer di selatan Moscow.
Lima pegawai kanan penjara berkenaan telah dipecat susulan pendedahan itu berdepan beberapa tuduhan jenayah.
Savelyev, yang kini sedang memohon suaka politik di Perancis, tidak menolak kemungkinan kerajaan Rusia akan mendakwanya dengan tuduhan mendedahkan rahsia kerajaan.
"Mereka hanya melakukan tindakan yang mereka tahu, iaitu secara paksaan. Pihak berkuasa Rusia cuba menutup mulut saya.
"Amat memalukan kerana masa yang sepatutnya digunakan untuk mereformasi sistem dan menyiasat semua bukti yang diberikan, mereka cuba menyembunyikan kebenaran," katanya.
Astro Awani
Sun Oct 24 2021
![Bekas banduan dedah kejadian rogol di penjara individu paling dikehendaki Rusia Bekas banduan dedah kejadian rogol di penjara individu paling dikehendaki Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61635037005_SergeiSavelyev.jpg)
Berdasarkan notis dikeluarkan di laman sesawang Kementerian Dalam Negeri, Sergei Savelyev, dikehendaki berkaitan kes jenayah yang tidak dikhususkan. - Foto Twitter
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Bekas banduan dedah kejadian rogol di penjara individu paling dikehendaki Rusia Bekas banduan dedah kejadian rogol di penjara individu paling dikehendaki Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61635037005_SergeiSavelyev.jpg)
Bekas banduan dedah kejadian rogol di penjara individu paling dikehendaki Rusia
Berdasarkan notis dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri, Sergei Savelyev, dikehendaki berkaitan kes jenayah yang tidak dikhususkan.