NEW DELHI: Susulan peningkatan ancaman bom palsu terhadap lapangan terbang, badan keselamatan penerbangan awam India, Biro Keselamatan Penerbangan Awam (BCAS) telah mencadangkan larangan menaiki penerbangan selama lima tahun ke atas individu yang mengeluarkan ancaman sedemikian, kata pegawai pada Rabu, lapor Xinhua.
Maklumat itu diberikan oleh Ketua Pengarah BCAS, Zulfiquar Hasan dalam satu temu bual dengan akhbar tempatan, The Hindu.
Menurut laporan itu pada Selasa, 41 lapangan terbang di India dan lebih 50 hospital di Mumbai menerima ancaman bom melalui e-mel yang memberi amaran mengenai bahan letupan di premis mereka. Bagaimanapun, semua ancaman berkenaan didapati sebagai panggilan palsu.
"Insiden seperti ini semakin meningkat dalam tempoh dua setengah bulan lepas, termasuk ancaman yang diterima untuk pelbagai syarikat penerbangan. Enam lelaki telah ditahan di seluruh negara oleh pasukan polis tempatan.
"BCAS juga telah mencadangkan larangan menaiki penerbangan selama lima tahun bagi pesalah merentasi semua syarikat penerbangan kepada kementerian penerbangan awam," kata Hasan.
Beliau berkata ancaman bom diterima melalui panggilan telefon dan nota dalam tandas pesawat serta e-mel.
Pegawai berkata pihak berkuasa lapangan terbang cuba memastikan gangguan minimum terhadap pergerakan penumpang semasa ancaman sedemikian. Lapangan terbang telah melaksanakan pelan kontingensi dan menjalankan pemeriksaan antisabotaj untuk kekal berjaga-jaga.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2024
Pada Selasa, 41 lapangan terbang di India dan lebih 50 hospital di Mumbai menerima ancaman bom melalui e-mel. - Gambar hiasan/Unsplash
Digital nomad: New Zealand longgarkan peraturan visa pelawat
New Zealand juga menyasarkan pelancong yang mahukan peluang untuk bekerja sambil mengembara di negara itu.
Menara loceng bangunan abad ke-19 di Paris musnah
Kebakaran di bangunan pentadbiran daerah ke-12 Paris memusnahkan menara loceng dalam kejadian awal pagi Isnin.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Eksekutif letak jawatan akibat dakwaan salah laku seksual
Dua eksekutif syarikat Fuji Media Jepun umum letak jawatan selepas mengakui gagal menangani isu dakwaan salah laku seksual melibatkan pengacara terkenal, Masahiro Nakai.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Tumpuan Selasa – 29 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (27 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ribuan banduan di Congo loloskan diri dari penjara
Difahamkan, perkara ini tercetus apabila sekumpulan pemberontak yang disokong Rwanda berjaya memasuki ke bandar Goma di timur Congo.
Harapan untuk pulang musnah, Israel dan Hamas tuduh langgar perjanjian
Rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal seperti Omar Halawa menunggu selama berjam-jam di penghadang tentera Israel di Wadi Gaza, berusaha untuk menyeberangi jalan pesisir.
Usaha Lestari Niaga perkasa peniaga kecil serta tarik pelancong
Dr Zaliha menambah, langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim
Presiden Indonesia Prabowo Subianto menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas kurniaan Darjah Kerabat Johor kepadanya hari ini.
BCAS syor larangan naiki penerbangan 5 tahun untuk pemanggil bom palsu di India
Pada Selasa, 41 lapangan terbang di India dan lebih 50 hospital di Mumbai menerima ancaman bom melalui e-mel.