Penduduk di bahagian timur laut Singapura mengadu mereka menghidu kualiti udara 'tidak selesa' sejak petang hari ini.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam kemaskini Facebooknya pada awal malam ini (7.45 mlm), berkata ia menerima beberapa panggilan mengenai bau gas atau kebakaran di kawasan berkenaan.
SCDF berkata ia telah mengerahkan sumbernya untuk menyiasat,
"Belum ada sebarang insiden yang disahkan," katanya dan menyatakan SCDF dan Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) memantau rapi keadaan.
Berhubung laporan harian mengenai situasi jerebu, NEA berkata, pada 6 petang hari ini, Indeks Standard Pencemaran (PSI) 24 jam ialah 50-54, di bahagian bawah julat Sederhana.
Ia mengambil perhatian bahawa satu titik panas dikesan di bahagian utara Sumatra, dan tidak ada tanda-tanda asap atau jerebu dikesan.
The Straits Times melaporkan bahawa "bau itu dipercayai datang dari Johor."
Miguel Pena menulis pada Facebook SCDF: "Kawasan lapangan terbang Seletar terburuk. Seperti memandu dalam awan... bau gas yang kuat..."
"Bishan (berbau) seperti minyak tanah atau bau 'fogging', sukar bernafas, rasa pening, semua tingkap rumah ditutup," tulis Leonard Low.
Dalam kemaskini terbarunya, NEA berkata pihaknya mendapat tahu pada kira-kira 5 petang dari maklum balas daripada orang awam mengenai bau gas di kawasan Sengkang dan Punggol.
NEA berkata pegawai-pegawainya telah dikerahkan ke kawasan berkenaan untuk menyiasat.
“Semua tahap kualiti udara pada tempoh tersebut didapati dalam had yang selamat,” katanya.
Sejak kira-kira 3 petang hari ini, NEA berkata angin bertiup perlahan dan terdapat pertembungan angin di angkasa separuh bahagian utara Singapura, yang mungkin menyebabkan himpunan bau di kawasan itu.
“Angin dijangka bertiup dari selatan atau tenggara lewat malam ini, yang akan membantu menyuraikan sebarang bau di kawasan berkenaan,” katanya.
Sementara itu, SCDF dalam kemaskini terbaru berkata tim pemantau tidak ada mengesan kehadiran Kimia Industri Toksik di udara.
SCDF dan NEA berkata mereka akan terus memantau rapi keadaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2017
Pasukan Pertahanan Awam Singapura telah mengerahkan sumbernya untuk menyiasat keadaan yang tidak selesa itu tetapi belum ada sebarang insiden yang disahkan. - Gambar hiasan
ASEAN berdepan kebimbangan akibat kadar kelahiran, kesuburan menurun
Keadaan itu boleh menjadi masalah terhadap produktiviti ekonomi.
Lebih 4,000 Rumah Mesra SMJ dibina sejak dilancarkan pada 2022 - Hajiji
3,000 rumah SMJ lagi akan dibina tahun ini di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, dengan peruntukan RM250 juta.
Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir
Menurut Wisma Putra, lima daripada pelajar itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Trump mahu negara Arab bina perumahan penduduk Palestin di lokasi lain
Trump berkata beliau telah membangkitkan perkara itu dalam perbualan telefon dengan Raja Jordan Raja Abdullah II.
Pembatalan WBB bukan keputusan bersifat 'flip flop' - Dr Dzulkefly
Keputusan Jemaah Menteri itu adalah bertujuan untuk memastikan libat urus dengan semua pihak dapat dilakukan secara menyeluruh.
Doktor sahkan tahanan Israel tidak diberi dadah oleh Hamas
Doktor tentera Israel pada Sabtu menyatakan bahawa kesihatan empat askar wanita yang dibebaskan adalah "sangat baik" dan mengesahkan mereka tidak diberikan perangsang atau dadah semasa ditawan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Aduan harga barang, perkhidmatan catat jumlah tertinggi - KPDN Terengganu
Aduan tertinggi melibatkan harga barang dan perkhidmatan iaitu 18 kes yang diterima melalui pelbagai medium termasuk sistem dalam talian.
ASEAN25: Cabaran tangani kadar kelahiran rendah lebih besar daripada perubahan iklim
Timbalan Editor ASEAN Briefing Ayman Falak Medina berkata walaupun perubahan iklim akan menjadi cabaran untuk ASEAN, beliau percaya cabaran lebih besar adalah menangani penurunan kadar kelahiran dan kesuburan.
AWANI Ringkas: KPKT akan promosi pasar sebagai produk pelancongan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekurang-kurangnya 70 terbunuh dalam serangan ke atas hospital di Sudan
Serangan ke atas Saudi Hospital, satu-satunya hospital yang berfungsi di al-Fashir, telah mengorbankan 70 nyawa dan mencederakan 19 orang.
Dua maut dalam kemalangan empat kenderaan di Bau
Pasukan Bomba dan Penyelamat Sarawak telah bertindak mengeluarkan kesemua mangsa, sebelum dua daripadanya disahkan meninggal dunia oleh paramedik Hospital Lundu, yang hadir kemudian.
PRN Sarawak: 'Perang Saudara' di DUN Opar
'Perang saudara' bakal meletus di DUN Opar apabila penyandangnya Datuk Ranum Mina daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) berentap dengan anak saudaranya sendiri.
Sembilan kluster baharu libatkan komuniti dan tempat kerja direkodkan di Sarawak
Sembilan kluster baharu melibatkan kluster komuniti dan tempat kerja diisytihar di Sarawak hari ini yang mana empat daripadanya dikesan di daerah Serian.
COVID-19: Kluster baharu libatkan pekerja pasar raya dikesan di Sarawak
Satu kluster baharu, Kluster Jalan Jambusan 2 di Daerah Bau dekat sini dikesan di Sarawak hari ini setelah 11 orang pekerja di sebuah pasar raya di situ didapati positif COVID-19.
Mangsa runtuhan batu di Gunung Tabai selamat disemadikan
Mangsa runtuhan tanah dan batu ketika melombong emas di Gunung Tabai pada Selasa lalu, selamat dikebumikan sekitar pukul 12 tengah hari, hari ini.
Mayat mangsa tertimbus batu, tanah selamat dikeluarkan dari Gunung Tabai
Mayat mangsa, Martin Mat Tapa, 25 tahun yang tertimbus di gua Gunung Tabai Selasa lalu berjaya dikeluarkan pada 6.25 petang Jumaat.
Mayat mangsa Gunung Tabai mulai mereput - Bomba
Hari ketiga operasi mengeluarkan mangsa dihempap batu ketika melombong emas di Gunung Tabai, Bau mendapati badan mangsa sudah mulai reput.
Gunung Tabai ditutup, elak aktiviti lombong emas haram
Polis Sarawak akan menutup kawasan Gunung Tabai di Bau, kira-kira 40 kilometer dari sini, bagi mengekang aktiviti melombong emas secara haram di kawasan itu
"Badan hancur, jari dah putus dihempap batu dan tanah..."
Menurut bapa saudara mangsa, struktur tanah rapuh dan perkara itu menyukarkan operasi menyelamat mangsa.
Lelaki maut tertimbus tanah ketika melombong emas di Gunung Krian, Bau
Seorang lelaki ditemukan maut manakala dua lagi rakannya terselamat selepas tertimbus tanah ketika melombong emas di kawasan Gunung Krian, Bau.