Malang tidak berbau. Itu perumpamaan yang menggambarkan situasi tidak dijangka yang menghantui kehidupan seseorang.
Tiada siapa menginginkan tragedi berlaku dalam hidup mereka, apatah lagi jika melibatkan orang yang tersayang.
Namun kemalangan maut pada Sabtu lalu di Jalan Raya Cikidang-Pelabuhanratu, Sukabumi meninggalkan kisah duka bagi keluarga korban.
Kemalangan yang meragut nyawa 21 mangsa itu baru-baru ini kembali diperkatakan apabila satu foto penumpang bas malang itu sebelum kemalangan berlaku mulai tular di media sosial.
Gambar tersebut menunjukkan penumpang yang merupakan pekerja sebuah syarikat yang dalam perjalanan ke Pelabuhanratu untuk satu kem motivasi.
Foto yang diperoleh TribunnewsBogor.com melalui WhatsApp salah seorang mangsa itu jelas memaparkan keriangan para pekerja di dalam bas sejurus sebelum kemalangan.
Dalam kejadian pada Sabtu itu, bas yang membawa kira-kira 30 penumpang itu terbabas lalu terjunam ke gaung.
Menurut saksi, bas itu dilihat menuruni bukit secara melulu dan hilang kawalan sebelum terjunam kira-kira 10 meter ke gaung.
BACA: Sekurang-kurangnya 14 maut bas pelancong terjunam 10 meter ke gaung
Agensi
Tue Sep 11 2018
Kemalangan yang meragut nyawa 21 mangsa itu baru-baru ini kembali diperkatakan apabila satu foto penumpang bas malang itu sebelum kemalangan berlaku mulai tular di media sosial. -Media sosial Hariyo Februaryanto
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 9 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dakwa atau tangkap, Presiden Yoon sedia dibicara - Peguam
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan ditahan setelah mahkamah melanjutkan tempoh waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan melaksanakan undang-undang tentera secara tidak sah, Disember lalu.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Myanmar musnah 563 ekar ladang candu
Pihak berkuasa Myanmar telah memusnahkan 563 ekar ladang candu di negeri Shan di timur Myanmar.
Seorang wanita nekad redah api selamatkan rumah
Dengan kebakaran Eaton Fire yang terus mengganas, seorang jururawat, Lynne Levin Guzman nekad meredah api untuk menyelamatkan rumah ibu bapanya daripada hangus dijilat api.
Pendaki ditemui dua minggu selepas hilang
Seorang pelajar yang hilang hampir dua minggu ketika mendaki di kawasan pergunungan Australia ditemukan selamat pada Rabu. Hadi Nazari, 23 tahun, pelajar perubatan dari Melbourne itu hilang dari rakan-rakannya ketika mendaki di Taman Negara Kosciuszko pada 26 December 2024.
Suspek kes tembak ahli politik Kemboja di Bangkok diburu
Polis Thailand mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki bersenjata yang disyaki menembak mati seorang ahli politik pembangkang Kemboja dalam serangan di pusat bandar Bangkok.
Pengambilan pegawai berteras prinsip meritokrasi - KPPA
Urusan pengambilan pegawai dalam perkhidmatan awam berteraskan prinsip meritokrasi serta kesaksamaan peluang.
PM Anwar galak pelaburan perusahaan Indonesia di Malaysia
Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu.
TMM2026: Anwar Ibrahim tarikan sebenar pelancong ke Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tarikan sebenar untuk pelancong hadir memeriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.
Bas terjun gaung: Selfie terakhir rakam detik sebelum kemalangan maut
Kemalangan yang meragut nyawa 21 penumpang itu baru-baru ini kembali diperkatakan apabila satu foto penumpang bas malang itu sebelum tragedi berlaku mulai tular di media sosial.