BANGKOK: Bapa kepada remaja lelaki bersenjata yang melakukan serangan di pusat beli-belah Siam Paragon di Bangkok, memohon maaf kepada ibu kepada seorang daripada mangsa yang terkorban dalam tragedi Selasa lalu.
Lelaki memakai baju hitam itu melutut dan menangis, memohon maaf apabila beliau bertemu ibu kepada warga Myanmar berusia 31 tahun itu di Wat Phasuk Maneechak di daerah Pak Kret, Nonthaburi pada Sabtu.
Walaupun masih bersedih atas kehilangannya, wanita itu menerima permohonan maaf lelaki berkenaan.
"Ia bukan salah bapa tetapi lebih kepada anak anda," katanya, lapor portal berita, Khaosod Online.
Wanita itu menambah, ibu bapa kepada remaja lelaki bersenjata tersebut pastinya sedang bersedih seperti dirinya.
Sementara itu, lelaki tersebut turut menawarkan wang kepada ibu mangsa. Wanita berkenaan bagaimanapun menolaknya dengan mengatakan tidak ada jumlah wang yang dapat menggantikan kehilangan anaknya.
Bapa suspek juga memberi penghormatan kepada mendiang.
Peristiwa yang menyayat hati itu berlaku pada Selasa lalu apabila penyerang berusia 14 tahun, menggunakan pistol peluru kapur yang diubah suai dengan melepaskan tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon. Perbuatan itu mengakibatkan kehilangan nyawa, termasuk seorang warga China dan Myanmar manakala lima lagi cedera.
Pada Jumaat, dalam surat yang ditujukan kepada pihak yang terjejas, bapa remaja itu menyatakan kekesalan yang mendalam, dengan menyatakan:
"Saya dan keluarga dengan rendah hati ingin memohon ampun dan memohon maaf yang mendalam kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia, yang cedera dan keluarga mereka yang paling terkesan dengan peristiwa ini dan kepada semua orang dari lubuk hati yang paling dalam, dengan setinggi-tinggi penghormatan kami.
"Kami juga amat kesal dengan kerosakan dan impak kepada negara secara keseluruhan," kata bapa itu dalam sepucuk surat.
Sementara itu, polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun di Bangkok dan suami isteri di wilayah Prachuap Khiri Khan yang disyaki menjual peluru secara haram kepada remaja lelaki bersenjata itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023
![Bapa suspek tembakan di Siam Paragon mohon maaf kepada ibu mangsa Bapa suspek tembakan di Siam Paragon mohon maaf kepada ibu mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696744793_Paragonshoppingmal.jpg)
Peristiwa yang menyayat hati itu berlaku pada Selasa lalu apabila penyerang berusia 14 tahun, menggunakan pistol peluru kapur yang diubah suai dengan melepaskan tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon. - Gambar fail/Reuters
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Bapa suspek tembakan di Siam Paragon mohon maaf kepada ibu mangsa Bapa suspek tembakan di Siam Paragon mohon maaf kepada ibu mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696744793_Paragonshoppingmal.jpg)
Bapa suspek tembakan di Siam Paragon mohon maaf kepada ibu mangsa
Bapa kepada remaja lelaki bersenjata yang melakukan serangan di pusat beli-belah Siam Paragon di Bangkok, memohon maaf kepada ibu kepada seorang daripada mangsa yang terkorban.