Seorang bapa berbangsa Perancis yang menyumbat anaknya ke dalam mesih basuh dan melayari Internet ketika kejadian itu dikenakan hukuman penjara 30 tahun pada Jumaat.
Christophe Champenois, 36, menyumbat Bastien, tiga tahun ke dalam mesin basuh dan menyalakan alat elektronik yang menyebabkan kematian anaknya sebagai hukuman ke atas anaknya yang dilaporkan tidak berkelakuan baik.
Ibu Bastien, Charlene Cotte, 29 memberitahu penyiasat yang beliau sedang menghabiskan permainan papan susun suai bersama-sama anak perempuannya manakala Champenois sedang melayari Internet sementara anak lelaki mereka menjerit meminta pertolongan di dalam mesin basuh yang sedang berputar.
Cotte dipenjarakan selama 12 tahun atas tuduhan ‘membantu dan bersekongkol dalam pembunuhan dan keganasan.”
Menurut Cotte, bekas suaminya kemudian mengeluarkan Bastien dari mesin basuh itu dan menyedari anaknya tidak sudah tidak bernyawa lagi. Beliau berkata, “sekurang-kurangnya dia tidak akan menggangu kita lagi.”
Champenois sendiri yang membuat panggilan kecemasan di bandar Germiny-l’Eveque yang terletak di timur Paris, pada November 2011 berkata, beliau mengalami ‘masalah kecil’ ketika anaknya terjatuh dari tangga.
Beliau mendakwa sedang memandikan anaknya dan ada kemungkinan Bastien lemas gara-gara air masih mengalir keluar dari hidungnya ketika ditemui.
Kakak mangsa yang berusia lima tahun memberitahu doktor: “Ayah meletakkan Bastien di dalam mesin basuh kerana kenakalannya di sekolah – versi yang dipertahankan sewaktu penyiasatan dijalankan.
Seorang jiran yang datang ke pangsapuri untuk menghulurkan bantuan berkata Bastien dijumpai dalam keadaan “beku dan bogel. Dia pucat, longlai dan kelihatan seperti barang mainan.”
Peguambela Cotte, Gerard Zbili berkata ibu muda itu “patah hati kerana kehilangan seorang anak yang begitu disayangi” namun tidak dapat melindunginya gara-gara takutkan suaminya.
Sewaktu penyiasatan dijalankan, Bastien, seorang kanak-kanak comel dan berambut emas tidak digemari bapanya dihukum kerana berkelakuan lasak di rumah dan sekolah, pernah dikurung di dalam almari.
Pihak kebajikan masyarakat juga telah diberitahu tentang kes keluarga itu, sebelum ini.
“Ini bukan satu kes ganjil … ini bukan juga kegilaan atau amukan… ini adalah satu keganasan terhadap seorang kanak-kanak yang telah disalahlaku,” kata Isabelle Steyer, seorang peguam dari kumpulan perlindungan kanak-kanak yang dipetik sebagai berkata Bastien, “pernah melalui banyak jenis keganasan.”
Agencies
Sat Sep 12 2015
Christophe Champenois, 36, menyumbat Bastien, tiga tahun ke dalam mesin basuh dan menyalakan alat elektronik yang menyebabkan kematian anaknya sebagai hukuman ke atas anaknya yang dilaporkan tidak berkelakuan baik. - Gambar
Pemuda tanam ubi kayu 200 tan bekalan musim banjir
Muhammad Azizan Mat Zin, 31, berkata beliau menjangkakan keseluruhan tanamannya itu akan mengeluarkan hasil lebih 200 tan ubi kayu.
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Bapa bunuh anak dalam mesin basuh dipenjara
Seorang bapa berbangsa Perancis yang menyumbat anaknya ke dalam mesih basuh dan melayari Internet ketika kejadian itu dikenakan hukuman penjara selama 30 tahun.