SUZHOU: Seorang wanita di China terkejut apabila mengetahui bakal menantunya ialah anak perempuannya yang telah lama hilang.
Dalam kejadian di Suzhou, wilayah Jiangsu pada 31 Mac lalu, bakal ibu mentua itu difahamkan ternampak tanda lahir di tangan bakal menantunya yang serupa dengan tanda di tangan anak perempuannya yang sekian lama dicari.
Dia kemudian bertanyakan perkara itu kepada ibu bapa pengantin perempuan, dan sama ada dan bakal menantunya itu diambil sebagai anak angkat lebih 20 tahun lalu.
Keluarga pengantin perempuan hairan dengan pertanyaan itu kerana perkara tersebut merupakan rahsia keluarga.
Namun, mereka akhirnya mendedahkan bayi perempuan itu dijumpai di tepi jalan dan dipelihara sebagai anak mereka sendiri sejak 20 tahun lalu, lapor TimesNowNews.
Pengantin perempuan yang mengetahui perkara itu menangis teresak-esak selepas mengetahui bakal ibu mentuanya ialah ibunya yang sebenar.
Dia menyifatkan saat bertemu ibu kandungnya sebagai "lebih bahagia daripada hari perkahwinan itu sendiri".
Namun, timbul persoalan apabila pengantin perempuan kini bakal menikahi abangnya sendiri.
Bakal 'ibu mentua' bagaimanapun mendedahkan bahawa pengantin lelaki juga merupakan anak angkat.
Dia telah memelihara anak lelaki itu setelah putus harapan mencari anak perempuannya yang hilang, lapor Oriental Daily.
Perkahwinan kedua-dua pengantin 'adik beradik' itu kemudiannya diteruskan kerana mereka bukan saudara kandung.
Astro Awani
Tue Apr 06 2021

Seorang wanita di China terkejut apabila mengetahui bakal menantunya ialah anak perempuannya yang telah lama hilang. -Gambar hiasan
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Zahnita sempat mohon maaf kepada ibu mentua, namun...
Zahnita memohon maaf kepada ibu mentuanya apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama suaminya Abd Zackery Ghouse.

Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.

Isteri pegawai kanan polis tak mengaku bersalah guna racun ke atas suami, ibu mentua
Isteri pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan atas dua pertuduhan sengaja dalam cubaan meracun suami dan ibu mentuanya, lima tahun lalu.

Anggota bomba cederakan ibu saudara dipenjara tiga bulan
Seorang anggota bomba dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencederakan ibu saudaranya, dua tahun lepas.

Status tuntutan harta RM2 bilion Jamaludin Jarjis diketahui esok
Status penyelesaian kes tuntutan harta sepencarian lebih RM2 bilion milik Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis di Mahkamah Tinggi Syariah diketahui pada Rabu.

Ibu mentua Saifuddin Nasution meninggal dunia
Berita pemergian tersebut dikongsikan oleh Saifuddin yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi hantaran di Facebooknya.

Pantang 'style' Keluarga Malaysia, dapat mentua baik, sayang macam anak sendiri
Ibu mentua Dr Siti Hajar, yang berbangsa India, melayannya dengan baik sekali serta membantu menguruskan dirinya ketika berpantang.

Lelaki tikam isteri dan ibu mentua direman tiga hari
Seorang lelaki yang cuba terjun bangunan selepas dipercayai menikam isteri dan ibu mentuanya dalam kejadian di Tumpat pada Selasa ditahan reman tiga hari.

Tikam isteri, ibu mentua hingga parah kerana selisih faham
Seorang lelaki berusia 20-an ditahan selepas menikam isteri dan ibu mertuanya dalam satu kejadian di Chabang Empat, Tumpat petang semalam.

Bakal menantu rupanya anak perempuan yang telah lama hilang
Bakal ibu mentua itu difahamkan ternampak tanda lahir di tangan bakal menantunya yang serupa dengan tanda di tangan anak perempuannya yang hilang.