BENARLAH, jodoh dan maut di tangan tuhan.
Seorang pengantin perempuan meninggal dunia beberapa minit sebelum disatukan dengan bakal suami.
Jessica Guedes, 30, yang mengandung enam bulan pada mulanya nampak sihat sebelum mengadu sakit ketika dalam perjalanan ke gereja di Sao Paulo, pada Ahad.
Menurut laporan media antarabangsa, keluarganya menyangka dia hanya bimbang mengenai majlis yang akan berlangsung selepas mengadu sakit kepala dan leher.
Namun apa yang mereka tidak sedar ialah mangsa sebenarnya mengalami preeklamsia iaitu sejenis gangguan semasa kehamilan.
Tunangnya yang merupakan seorang ahli bomba, Leftenan Flavio Gonçalvez, 31, agak pelik dengan kelewatan yang berlaku.
Majlis mula kecoh apabila berita tentang bakal pengantin pengsan di dalam kereta tersebar.
"Semasa tiba di kereta, dia kata okey, cuma sakit di bahagian leher.
"Rakan-rakan saya yang hadir pada majlis itu turut datang membantu saya," kata Flavio kepada media.
Setibanya di hospital, doktor bagaimanapun mengesahkan Jessica meninggal dunia akibat strok berpunca daripada preeklamsia.
Jessica meninggalkan tunangnya bersama seorang anak perempuan mereka yang baru lahir melalui pembedahan.
Asyraf Roslan
Wed Sep 18 2019
Jessica meninggal dunia akibat strok berpunca daripada preeklamsia. -Gambar Flavio Gonalvez
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Bakal isteri meninggal dunia dalam perjalanan ke majlis perkahwinan
Seorang pengantin perempuan meninggal dunia sebelum beberapa minit menuju ke altar dan bersatu dengan bakal suaminya.