Austria catat dua jangkitan pertama COVID-19
Agensi
Februari 25, 2020 07:39 MYT
Februari 25, 2020 07:39 MYT
Sebanyak dua kes pertama membabitkan penularan virus COVID-19 berlaku di Austria melibatkan pasangan dari Itali pada Selasa.
Pihak berkuasa negeri Tyrol di Austria Barat berkata pasangan itu yang berasal dari Bergamo di Lombardy telah berpindah ke Austria pada Jumaat lalu dan kini dirawat di Innsbruck.
Pengarah Perubatan Hospital Universiti Innsbruck, Gunter Weiss memberitahu wanita itu mulai sakit pada Sabtu lalu sebelum mengalami gejala demam dan mendapat rawatan awal.
Bagaimanapun, keadaan mereka dilaporkan stabil dan hanya mengalami gejala ringan.
Untuk rekod, Itali kini mencatatkan jangkitan paling tinggi di Eropah dengan 270 kes.
#austria
#Bergamo
#COVID-19
#Gunter Weiss
#Hospital Universiti Innsbruck
#Itali
#koronavirus
#Lombardy
#Tyrol
#virus China
#Wuhan