Sepuluh anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (Asean) perlu memperhebat usaha bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai pembentukan Komuniti Asean (AC) menjelang akhir 2015, kata bekas setiausaha agung Asean Ong Keng Yong.
Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia yang akan tamat perkhidmatannya tidak lama lagi berkata penduduk Asean perlu diberi maklumat dan pendedahan yang secukupnya mengenai peranan blok itu, dan juga pemahaman yang lebih berhubung penubuhan badan serantau itu.
"Dimensi penting ialah bagaimana rakyat, penduduk memahami Asean dan apa yang kita perlu lakukan lebih lagi.
Saya rasa kesedaran (di kalangan rakyat) tidak begitu kuat. Kita harus terus mempromosikan kesedaran dan di sepanjang perjalanan itu, berusaha supaya rakyat menghargai apa yang dilakukan oleh Asean, terutamanya jika ia adalah satu projek dan hasil yang praktikal supaya mereka dapat merasai bahawa Asean adalah penting bagi mereka, "katanya.
Bercakap kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini, Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia itu berkata, usaha sedemikian memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha menjadikan Asean sentiasa berada dalam hati penduduk di setiap negara anggota.
Malaysia akan mengambil alih kepengerusian Asean daripada Myanmar tahun depan.
Adapun peranan Sekretariat Asean dalam mempromosikan AC, Ong berkata, dengan melibatkan lebih banyak kakitangan yang berorientasikan Asean boleh membantu melahirkan satu pasukan pegawai Asean yang baik dan menyokong bagi meningkatkan lagi keberkesanan kerja Sekretariat termasuk untuk mempromosikan AC.
Katanya mereka yang berbakat dan berkongsi perspektif Asean adalah sangat diperlukan untuk menjadikan organisasi itu beroperasi berdasarkan dengan apa yang dipersetujui di antara para pemimpin Asean.
Ong berkata bukan satu perkara mudah mendapatkan graduan baru atau mereka yang datang daripada sektor swasta atau malah bekas para pegawai untuk menyertai sekretariat.
"Kita perlu melihat kepada isu di hadapan kita sebagai seorang penjawat awam Asean kerana, sebagai penjawat awam negara kita sendiri, sebagai contoh, kita cenderung untuk melihat sesuatu isu dalam perspektif sebagai seorang rakyat Malaysia atau Singapura," katanya.
Mengenai prestasi sekretariat, Ong berkata bahawa ia telah melakukan yang terbaik, namun menambah masih terdapat bidang yang boleh dipertingkatkan jika diberikan lebih banyak peluang.
Ditanya mengenai pengalaman masa lalu beliau sebagai setiausaha agung, Ong menyifatkan tempoh beliau memegang jawatan dari tahun 2003 hingga 2008 sebagai bersemangat dan "kemuncak kerjaya saya".
Pada masa itu, Asean lebih dikenali di luar rantau itu, katanya. "Oleh kerana kerja-kerja yang kita lakukan pada ketika itu, pembinaan komuniti dan Integrasi Ekonomi, kita didampingi banyak negara-negara besar seperti China, Australia dan New Zealand," katanya.
Ong berkata hubungan dan kerjasama antara negara-negara anggota diperkukuhkan dengan pemahaman yang tinggi tentang kepentingan berada bersama sebagai 10 negara, daripada bersendirian.
ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 dengan lima negara anggota iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Sejak itu, keanggotaan bertambah dengan kemasukan Brunei Darussalam, Myanmar, Kemboja, Laos dan Vietnam.
Bernama
Sun Nov 02 2014
Malaysia akan mengambil alih kepengerusian Asean daripada Myanmar tahun depan. - Foto Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Liga-M: Dua pemain digantung perlawanan, dua lagi diberi amaran keras - FAM
Dua pemain digantung perlawanan manakala dua lagi diberi amaran keras susulan kesalahan dilakukan dalam perlawanan saingan baru-baru ini.
Rasuah bekas Presiden Korea Selatan, pewaris Samsung Group dihukum penjara
Pewaris syarikat gergasi teknologi, Samsung Group (Samsung), Lee Jae-yong dihukum penjara dua setengah tahun kerana didapati bersalah merasuah bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye pada 2015.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
China kecam tindakan AS ke atas Iran
Lijian berkata AS tidak mempunyai hak untuk mendesak tindakan ke atas Iran.
Tak buang pekerja walaupun terjejas akibat COVID-19, pengorbanan majikan akhirnya berbaloi
Meskipun masih mengalami kerugian sekitar 20 peratus, namun ia jauh lebih baik daripada penurunan 55 peratus dialami pada Mac lalu.
Aung San Suu Kyi sah bertanding untuk penggal kedua
Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi bakal bertanding bagi pilihan raya penggal kedua selepas mencalonkan diri sendiri.
PM Lee umum Kabinet baharu Singapura
Lee berkata Heng Swee Keat akan memikul tanggungjawab tambahan sebagai Menteri Penyelaras bagi Dasar-dasar Ekonomi.
Wanita dipenjara atas 208 pertuduhan pecah amanah
Terdahulu, jurubahasa mahkamah mengambil masa kira-kira dua jam untuk membacakan kesemua pertuduhan yang dihadapi Nooriante.
Lagi kes kucing mati dimasuk dalam mesin dobi pakaian
Arie berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi dan disedari orang awam sekitar pukul 9 pagi tadi.
Korban pertama COVID-19 di luar negara layak terima bantuan PERKESO
Seorang rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Qatar akibat COVID-19 10 Jun lepas layak menerima bantuan Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM 2,000 dan faedah Pencen Penakat hari ini.