ARAB SAUDI menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini selepas anak bulan Syawal kelihatan petang semalam, menandakan berakhirnya Ramadan.

Memetik laporan Arab News, tarikh 1 Syawal itu diumumkan oleh Mahkamah Agung Saudi.

Portal media itu melaporkan, selain Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan beberapa negara teluk turut menyambut Aidilfitri hari ini.

Menurutnya, beberapa negara lain seperti Indonesia, Pakistan, Australia, dan sebahagian negara di Asia yang tidak melihat anak bulan akan meraikan Aidilfitri pada Rabu.

Malaysia juga akan meraikan Aidilfitri pada Rabu.

Sementara itu, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz dan Putera Mahkota Saudi Mohammed Salman menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua negara-negara Islam.


Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulazizi menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua negara-negara Islam.