MINA: Antara ritual haji yang dilakukan jemaah di Mekah pada musim haji ialah melontar di tiga jamrah yang melambangkan lontaran batu ke arah syaitan, iaitu di hari pertama Tasyrik, dan hari keempat ibadah itu.
Setibanya mereka di jamrah, jemaah akan melaungkan Allahuakbar (Allah Maha Besar) melontar batu pertama di Jamrah Al-Sugra (tiang kecil), kemudian di Jamrah Al-Wusta (tiang sederhana) dan yang terakhir di Jamrah Al-Aqaba (tiang terbesar) masing-masing sebanyak tujuh kali.
Tentu sekali, sebilangan besar daripada kita tertanya-tanya apa akan jadi pada batu-batu berkenaan selepas dilemparkan oleh jemaah haji di kompleks jamrah di Mina.
Menjawab pertanyaan itu, Ahmed Al-Subhi, salah seorang pekerja Kidana Development Company yang juga syarikat pemaju utama tapak suci yang berpusat di Mina berkata, kerja-kerja mengumpul semula batu-batu berkenaan akan bermula sebaik jemaah selesai melaksankan ritual haji itu, lapor portal berita Arab News.
Menurut beliau, kesemua batu yang dilemparkan itu akan terkumpul di bawah tanah kompleks jamrah yang berada pada kedalaman 15 meter.
Kerja-kerja mengumpul batu-batu itu akan dilakukan oleh jentera dan sebaik semuanya dikumpulkan, proses saringan dan penyemburan air dimulakan untuk membersihkannya daripada kotoran.
Sebaik selesai proses itu, batu-batu itu dibawa oleh kenderaan untuk disimpan dan akan digunakan untuk musim haji akan datang pula.
Pakar-pakar menganggarkan bertan-tan batu diperlukan dalam proses melontar itu berdasarkan jumlah jemaah haji yang berhimpun di Tanah Suci.
Pada musim haji tahu ini, pihak berkuasa Arab Saudi menganggarkan sekitar dua juta jemaah yang menunaikan Rukun Islam kelima itu menuju ke kompleks jamrah di Mina pada hari Rabu.
Sebelum itu, kesemua jemaah terlebih dahulu melakukan ritual miqat atau bermalam di Muzdalifah.
Mina merupakan tempat yang dipercayai syaitan cuba mempengaruhi Nabi Ibrahim AS supaya tidak tunduk kepada kehendak Allah.
Tujuh batu dilemparkan ke setiap tiang sebagai simbolik terhadap memperingati penolakan Nabi Ibrahim terhadap syaitan.
Astro Awani
Fri Jun 30 2023
Jemaah haji berhimpun untuk melontar batu ke arah Jamrah Kubra di Mina pada Rabu lalu sebagai memenuhi tuntutan Rukun Islam kelima. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Dua lagi jemaah haji negara meninggal dunia
Kematian lelaki berusia 72 dan 60 tahun itu masing-masing disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru serta serangan angin ahmar dan kegagalan jantung.
Isu di Mina dapat perhatian Agong
Seri Paduka Baginda mahu perkara itu diselesaikan dan titah berkenaan disampaikan melalui mesej kepadanya pada pagi Sabtu.
Apa jadi pada batu yang dilontar jemaah di Mina?
Ini jawapan pada persoalan ramai ke mana perginya batu-batu selepas jemaah haji selesai lakukan ritual melontar di jamrah.
Seramai 1,845,045 jemaah direkodkan bagi musim haji 2023 - Perangkaan Arab Saudi
Daripada jumlah itu, seramai 1,660,915 merupakan jemaah antarabangsa yang tiba dari lebih 150 negara.
Arab Saudi setuju Simposium Perdana Haji dibawa ke Malaysia
Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi memberikan respons positif dan sedia bekerjasama berhubung perkara itu.
Hampir 1.5 juta jemaah haji tiba di Arab Saudi
Jumlah jemaah yang berpeluang mengerjakan haji tahun ini akan kembali kepada tahap sebelum pandemik.
Pemuda Malaysia jadi penterjemah di Masjidil Haram
Muhammad Mujahid terjemah isi khutbah bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu bantu jemaah haji Malaysia.
Alif Satar, isteri berlepas ke Makkah tunai haji
"Terima kasih Allah, terima kasih yang tidak terhingga kerana doa Alif dimakbulkan."
Agong, Permaisuri berangkat tunai haji
Yang di-Pertuan Agong berpesan kepada Perdana Menteri untuk menjaga negara.
Ditinggalkan di Makkah ketika berusia lima tahun
Ahmad Mustafa imbas kenangan mengerjakan haji dan ditinggalkan di Makkah pada usia yang sangat mentah.