JAKARTA: Bekas gabenor Jakarta Anies Baswedan, bekas gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo dan Menteri Pertahanan Prabowo Subianto berjaya memenuhi kriteria untuk menjadi calon Pilihan Raya Presiden Indonesia.
Kesemua calon presiden dan naib presiden telah menyelesaikan proses pengesahan, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU).
Pesuruhjaya Idham Holik dalam sidang media pada Isnin berkata proses itu dilaksanakan bagi memastikan kesemua calon memenuhi keperluan dan kriteria yang ditetapkan untuk pilihan raya yang dijadualkan pada 14 Feb 2024.
Beliau berkata calon presiden dan naib presiden masing-masing telah mendaftar secara rasmi dengan KPU, termasuk gandingan Anies-Muhaimin Iskandar, Ganjar-Mahfud MD dan Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka.
Muhaimin Iskandar yang juga dikenali sebagai Cak Imin ialah presiden Parti Kebangkitan Negara (PKB).
Mahfud MD pula merupakan Menteri Koordinator bagi Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan.
Gibran, 36, pula ialah anak sulung kepada Presiden Joko Widodo dan datuk bandar Solo di Jawa Tengah.
Anies-Muhaimin Iskandar dicalonkan oleh Parti Nasdem, Parti Kebangkitan Negara (PKB) dan Parti Keadilan Sejahtera (PKS).
Pencalonan Ganjar-Mahfud MD pula dikemukakan oleh Parti Perjuangan Demokrasi Indonesia (PDIP), Parti Pembangunan Bersatu (PPP), Parti Perindo dan Parti Nurani Rakyat (Hanura).
Prabowo-Gibran dicadangkan oleh Parti Gerindra, Golkar, Parti Amanat Nasional (PAN), Parti Solidariti Indonesia (PSI), Parti Bulan Sabit (PBB), Parti Demokrat, dan Parti Garuda.
Senarai pengundi berdaftar untuk pilihan raya 2024 melebihi 204 juta, peningkatan sebanyak 12 juta pengundi berbanding pilihan raya 2019, menurut KPU.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 13 2023

(Dari kiri) Prabowo, Ganjar dan Anies berjaya memenuhi kriteria untuk menjadi calon Pilihan Raya Presiden Indonesia. - Gambar fail

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Indonesia sentiasa menjaga keseimbangan dengan kuasa besar - Anies Baswedan
Kerajaan sedia ada mengakui keperluan untuk mengembangkan agenda pembangunan domestik dengan melibatkan entiti antarabangsa.