SINGAPURA: Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menyertai Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23), menurut Kementerian Pertahanan republik itu (MINDEF).
"Ia atas jemputan kerajaan Malaysia," menurut MINDEF dalam satu kenyataan hari ini.
Penyertaan SAF termasuk kapal frigat kelas Formidable milik Tentera Laut Republik Singapura (RSN) RSS Steadfast dan pameran statik sistem persenjataan Helikopter Serangan Apache AH-64D Tentera Udara Singapura (RSAF) seperti peluru berpandu AGM-114 Hellfire, Roket Hydra-70.
Di samping itu, sebuah helikopter RSAF CH-47F buat kali pertama akan mengambil bahagian dalam pameran statik.
Menurut MINDEF, SAF yang telah menyertai LIMA sejak 2001, menekankan hubungan pertahanan yang mesra dan berpanjangan antara Singapura dan Malaysia.
"SAF dan Angkatan Tentera Malaysia berinteraksi secara kerap melalui latihan dua hala, pertukaran profesional dan kehadiran bersilang kursus serta aktiviti pelbagai hala di bawah skop Pengaturan Pertahanan Lima Negara dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM)/ADMM-Plus.
"Interaksi ini mengukuhkan hubungan profesional dan persefahaman antara kedua-dua angkatan tentera," menurut kementerian itu.
Mengenai perkembangan terkini Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen, yang menghadiri LIMA tahun ini, MINDEF memaklumkan bahawa menteri itu turut bertemu dengan kakitangan RSAF yang menyertai pameran itu.
Dr Ng turut menghadiri majlis jamuan tengah hari rasmi yang dihoskan oleh Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada Selasa.
"Kedua-dua Menteri mengesahkan hubungan pertahanan yang mesra yang telah terjali sekian lama antara Singapura dan Malaysia," katanya.
Dr Ng diiringi oleh Setiausaha Tetap (Pertahanan) Chan Heng Kee, Panglima Angkatan Tentera Laksamana Muda (RADM) Aaron Beng, Panglima Tentera Udara Mejar Jeneral Kelvin Khong, Panglima Tentera Laut RADM Sean Wat, dan pegawai MINDEF yang lain.
Ditubuhkan pada 1991 dan diadakan dua tahun sekali, LIMA satu daripada pameran maritim dan aeroangkasa terbesar di Asia-Pasifik, dengan edisi tahun ini melibatkan lebih 600 peserta pameran dari lebih 30 negara.
Edisi ke-16 bermula hari ini dan berakhir pada 27 Mei dengan pameran berkaitan aeroangkasa berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri dan segmen maritim di Resorts World Langkawi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023

Menurut MINDEF, SAF yang telah menyertai LIMA sejak 2001, menekankan hubungan pertahanan yang mesra dan berpanjangan antara Singapura dan Malaysia. - Gambar MINDEF
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Singapura musnahkan bom Perang Dunia Kedua seberat 100kg
Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan melaksanakan pelupusan terkawal bom Perang Dunia II seberat 100 kilogram hari ini.

TMJ lawat Markas Komando Angkatan Bersenjata Singapura
Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluangkan masa melawat Markas Komando Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Kem Pasir Ris, Singapura, pada Rabu.

Angkatan Bersenjata Singapura sertai LIMA'23
Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menyertai Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23), menurut Kementerian Pertahanan republik itu (MINDEF).