ISTANBUL: Operasi ketenteraan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas telah membunuh 21,822 rakyat Palestin dan mencederakan 56,451 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza pada Ahad.
Kementerian Kesihatan berkata angka itu termasuk 150 rakyat Palestin yang terbunuh manakala 286 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lepas.
Menurut kementerian itu, kira-kira 70 peratus daripada mangsa adalah wanita dan kanak-kanak, lapor Agensi Anadolu.
Orang awam telah menanggung beban terbesar serangan dengan rumah, kemudahan awam, sekolah dan hospital menjadi sasaran secara berterusan.
Ini termasuk, 65,000 kediaman, 117 masjid dan 92 sekolah dan universiti yang telah musnah.
Selain itu 290,000 kediaman, 285 institusi pendidikan, 208 masjid dan tiga gereja telah mengalami kerosakan teruk.
Serangan yang disasarkan juga telah meninggalkan kesan terhadap infrastruktur penting dengan 25 hospital dan 53 pusat kesihatan tidak lagi berfungsi.
Antara yang terbunuh ialah 312 profesional penjagaan kesihatan dan 40 anggota pertahanan awam, selain 106 wartawan yang kehilangan nyawa mereka semasa bertugas.
Sebanyak 7,000 lagi mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan.
Kebimbangan antarabangsa yang meningkat mendorong gesaan untuk menghentikan segera konflik dan meningkatkan usaha bantuan kemanusiaan untuk menangani krisis yang semakin meruncing di wilayah itu.
Serangan Israel telah memusnahkan Gaza, dengan hampir 2 juta orang penduduk kehilangan tempat tinggal di wilayah yang padat penduduk itu di tengah-tengah kekurangan makanan dan air bersih.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 01 2024
![Angka korban serangan Israel di Palestin meningkat kepada 21,822 Angka korban serangan Israel di Palestin meningkat kepada 21,822](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704085289_Israelisoldiers.jpg)
Serangan Israel telah memusnahkan Gaza, dengan hampir 2 juta orang penduduk kehilangan tempat tinggal. - Gambar/ Reuters
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![4,500 kes amputasi dilaporkan di Gaza - Pegawai kesihatan 4,500 kes amputasi dilaporkan di Gaza - Pegawai kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736593759_Palestinianpatients.jpg)
4,500 kes amputasi dilaporkan di Gaza - Pegawai kesihatan
Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza telah merekodkan 4,500 kes amputasi sejak bermulanya serangan genosid Israel ke atas wilayah itu, kata seorang pegawai kanan kementerian pada Jumaat.
![10 wartawan terkorban di Gaza pada Disember 2024 10 wartawan terkorban di Gaza pada Disember 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736057746_TBPRESSVESTGAZA.jpg)
10 wartawan terkorban di Gaza pada Disember 2024
Sepuluh wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza pada Disember 2024, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik sebuah kumpulan media pada Sabtu.
![UNIFIL kecam tindakan Israel musnahkan menara pemerhati Lubnan UNIFIL kecam tindakan Israel musnahkan menara pemerhati Lubnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736052718_tbUnitedNations.jpg)
UNIFIL kecam tindakan Israel musnahkan menara pemerhati Lubnan
Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) pada Sabtu mengecam tindakan tentera Israel memusnahkan menara pemerhati tentera Lubnan.
![Ketua Polis Gaza, timbalan terbunuh dalam serangan Israel di Khan Younis Ketua Polis Gaza, timbalan terbunuh dalam serangan Israel di Khan Younis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735818175_Israeliairstrike.jpg)
Ketua Polis Gaza, timbalan terbunuh dalam serangan Israel di Khan Younis
Ketua Polis Gaza dan timbalannya terbunuh dalam serangan udara Israel di bandar selatan Khan Younis pada Khamis, menurut Kementerian Dalam Negeri.
![Hospital di Gaza rayu bantuan, tidak lagi mampu rawat pesakit Hospital di Gaza rayu bantuan, tidak lagi mampu rawat pesakit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734848573_KamalAdwanHospital.jpg)
Hospital di Gaza rayu bantuan, tidak lagi mampu rawat pesakit
Sebuah hospital di utara Semenanjung Gaza merayu bantuan segera daripada komuniti antarabangsa untuk bekalan ubat-ubatan dan makanan kerana tidak lagi mampu merawat pesakit.
![Rakyat Maghribi bantah keganasan Israel di Gaza Rakyat Maghribi bantah keganasan Israel di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734840497_Israeliairstrike.jpg)
Rakyat Maghribi bantah keganasan Israel di Gaza
Rakyat Maghribi mengadakan protes pada Sabtu bagi membantah kekejaman Israel di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
![Israel langgar gencatan senjata dengan Lubnan 6 kali pada hari ke-23 Israel langgar gencatan senjata dengan Lubnan 6 kali pada hari ke-23](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734681969_Lebanon.jpg)
Israel langgar gencatan senjata dengan Lubnan 6 kali pada hari ke-23
Tentera Israel melanggar perjanjian gencatan senjata dengan Lubnan sebanyak enam kali pada hari ke-23, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik laporan Agensi Berita Kebangsaan Lubnan (NNA) pada Khamis.
![UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734176745_Muwassicamp.jpg)
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
![Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733397084_UnitedNations.jpg)
Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Semenanjung Gaza malam tadi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
![Trump mahu gencatan senjata Gaza dilaksana sebelum mulakan tugas - PM Qatar Trump mahu gencatan senjata Gaza dilaksana sebelum mulakan tugas - PM Qatar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733387237_DonaldTrump.jpg)
Trump mahu gencatan senjata Gaza dilaksana sebelum mulakan tugas - PM Qatar
Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thanipada Rabu menyatakan bahawa Trump mahu gencatan senjata di Gaza dilaksanakan sebelum majlis pelantikannya.