Menurut Agensi Berita Kazinform, sebanyak 289 bangkai anjing laut Caspian ditemukan dari 24 hingga 29 Okt hasil pemantauan yang dijalankan oleh badan jemaah pemeriksa lembangan antara wilayah Zhaiyk-Caspian dalam perikanan bersama kakitangan Institut Hidrobiologi dan Ekologi.
Pemangku ketua badan jemaah pemeriksa perikanan wilayah Mangistau, Andrei Rudskiy berkata pemantauan masih diteruskan.
Menurut beliau, punca kematian anjing laut itu akan diketahui selepas ujian makmal.
Terdahulu dilaporkan bahawa lebih 150 bangkai anjing laut ditemukan di sepanjang pantai Caspian di wilayah Mangistau akibat angin ribut barat pada 23 Okt.
Sebelum ini juga dilaporkan bahawa 40 bangkai anjing laut Caspian ditemukan terdampar di pantai Laut Caspian di wilayah Mangistau pada Mac dan hampir 80 pada April tahun ini.
Ahli ekologi Adilbek Kozybakov menyuarakan kebimbangan terhadap kematian besar-besaran anjing laut Caspian, mengaitkannya dengan kekurangan kawalan sebenar.
Untuk rekod, negara itu telah menyenaraikan anjing laut Caspian ke dalam buku spesies terancamnya pada 2020.
-- BERNAMA