HOUSTON: Angka kematian susulan rempuhan di Festival Muzik Astroworld meningkat kepada 9 selepas seorang pelajar universiti meninggal dunia pada Rabu, menurut peguam keluarga mangsa.
Rempuhan ketika konsert penyanyi rap Travis Scott diadakan pada Jumaat lepas meragut nyawa 9 mangsa antara usia 14 dan 27 manakala ratusan lagi cedera dalam insiden itu.
Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun masih dirawat di hospital dalam keadaan kritikal, kata polis.
Menurut peguam James Lassiter, Bharti Shahani, 22, seorang pelajar di Universiti Texas A&M, meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami di konsert tersebut.
Dia menghadiri konsert tersebut bersama kakak dan sepupunya yang hanya cedera dalam kejadian itu.
"Kami mahu pastikan mereka yang membuat keputusan untuk utamakan keuntungan daripada keselamatan orang ramai dipertanggungjawabkan," katanya dalam satu sidang media khas pada Khamis.
Sementara itu, Scott menggesa mangsa kejadian untuk menghubunginya dan ingin menghulurkan apa bentuk bantuan kepada mereka, dalam satu kenyataan pada Khamis.
BACA: 8 maut, ratusan cedera dalam rempuhan pada malam pembukaan festival muzik
Sebelum ini penyanyi itu menawarkan untuk membiayai kos pengebumian mangsa serta memberikan perkhidmatan kaunseling percuma kepada mereka yang terkesan akibat tragedi tersebut.
BACA: Travis Scott biaya kos upacara pengebumian mangsa, berdepan tindakan saman
Ketua Polis Houstanm Troy Finner berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
Sehingga kini sebanyak 50 saman difailkan terhadap syarikat Live Nation Entertainment Inc dan Scott.
Astro Awani
Thu Nov 11 2021
Bharti Shahani meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami di konsert tersebut. - Foto Facebook/KPRC2 Cathy Hernandez
Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah di Putrajaya Ahad ini
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan untuk berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H.
KESUMA arah KSU, Ketua Eksekutif HRD CORP buat laporan SPRM
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mengarahkan Ketua Setiausahanya, Datuk Sri Khairul Dzaimee dan Ketua Eksekutif HRD CORP Datuk Wira Shahul Dawood membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat masalah didedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
BUDI Madani : Bantuan bermakna untuk ringankan beban rakyat
Inisiatif kerajaan menyalurkan subsidi diesel bersasar menerusi BUDI Madani dilihat membantu meringankan beban ditanggung rakyat.
Peranti IoT baharu Apple untuk rumah tertiris dengan cip A18
Peranti ini dikatakan akan berada dalam kategori yang sama dengan HomePod dan Apple TV iaitu aksesori untuk rumah.
Pakistan umum biasiswa untuk pelajar perubatan dari Gaza
Pakistan akan menyediakan biasiswa untuk pelajar-pelajar perubatan Palestin dari Gaza bagi melanjutkan pengajian mereka di negara itu.
PRK Sungai Bakap: Tarik pengundi atas pagar jika mahu PH menang - Rafizi
Undi kumpulan atas pagar akan menjadi penentu kepada kemenangan calon bertanding dan boleh menyebabkan perubahan kerajaan, kata Rafizi.
EURO 2024: Pertemuan Sepanyol-Jerman ibarat aksi final, kata De la Fuente
Kedua-dua pasukan disifatkan sebagai gergasi bola sepak Eropah oleh De la Fuente, dalam perhitungan di Stuttgart Arena, tengah malam ini.
Akta Audit: Pemisahan kuasa, tingkat kecekapan tadbir urus
Menurut Pengarah Penyelidikan Kanan, IDEAS, Sri Murniati Yusuf, audit berperanan dalam menjalankan pemeriksaaan terhadap kewangan organisasi atau syarikat dan tidak memikul tanggungjawab untuk mendakwa kesalahan kewangan.
20 subkontraktor DASH tuntut tunggakan RM100 juta Prolintas
Lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) menuntut rundingan penyelesaian bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada Prolintas.
Bekas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono buat persembahan di Pestapora 2024
SBY pernah memasarkan album dengan 10 lagu yang bertema cinta dan religi berjudul Rinduku Padamu.
Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India
Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam rempuhan semasa satu perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh.
Rempuhan di Festival Krathin di Thailand ragut 9 nyawa, puluhan lagi cedera
Dalam insiden yang berlaku pada 10.15 malam (waktu tempatan) itu, kira-kira 15 buah motosikal turut rosak akibat dirempuh pikap berkenaan.
Rempuhan Astroworld: Travis Scott bebas dakwaan jenayah
Namun, penyanyi berkenaan masih menghadapi beberapa saman sivil akibat persembahan di Houstan itu.
11 terbunuh rempuhan di pusat agihan makanan
Suasana pilu menyelebungi pengebumian seorang remaja lelaki 14 tahun yang terbunuh dalam rempuhan di pusat agihan makanan dan wang tunai.
Lapan terbunuh selepas terjatuh dalam parit ketika perhimpunan politik di India
Nara Chandrababu Naidu dijadual berucap kepada sebilangan besar penyokongnya ketika jelajah politik berkenaan.
Angka korban tragedi rempuhan Halloween Itaewon meningkat ke 158
Ibu Pejabat Pencegahan Bencana dan Keselamatan Pusat memaklumkan, mangsa terkini merupakan seorang wanita tempatan berusia 20-an.
Tragedi Halloween Itaewon: Pelakon dan penyanyi, Lee Ji-han, antara korban
Pelakon dan penyanyi Korea Selatan, Lee Ji-han, disahkan salah seorang mangsa yang terkorban dalam tragedi rempuhan pada perayaan Halloween di Itaewon pada malam Sabtu.
Tragedi Halloween Itaewon: 19 warga asing terbunuh dalam rempuhan
Angka kematian meningkat dengan 19 daripadanya dikenal pasti sebagai warga asing berasal dari Iran, Uzbekistan, China dan Norway.
Tragedi Halloween Itaewon: Biden ucap takziah
AS bersama Korea Selatan pada masa yang tragis ini.
Tragedi Halloween Itaewon: 149 maut, 76 cedera dalam rempuhan di Seoul
Ia merupakan acara Halloween pertama di Seoul dalam tempoh tiga tahun selepas negara itu menarik balik sekatan COVID dan penjarakan sosial.