Angka kematian akibat koronavirus meningkat kepada 9 mangsa
Agensi
Januari 22, 2020 13:20 MYT
Januari 22, 2020 13:20 MYT
Angka kematian akibat koronavirus baharu (New Corona Virus - NCOV) kini meningkat kepada sembilan mangsa di China.
Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, Li Bin, memaklumkan sehingga kini seramai 440 mangsa dijangiti virus itu.
Lapan kematian dicatatkan di Wilayah Hubei, manakala kematian pertama dicatatkan di Wuhan.
Angka itu meningkat 149 kes terbaharu berbanding 300 kes dicatatkan pada Selasa.
Selain China, Jepun dan Korea Selatan masing-masing mencatatkan satu kes manakala Thailand tiga kes.
Kerajaan China sebelum ini mengeluarkan beberapa langkah bagi membendung virus itu tersebar.
Antaranya membatalkan sambutan terbuka Perayaan Tahun Baharu Cina di Wuhan yang dijangka menarik ratusan ribu rakyatnya ke wilayah itu.
Agensi pelancongan turut di arahkan agar tidak membawa pelancong keluar dari Wuhan.
Manakala anggota polis trafik dikerahkan membuat sekatan serta pemeriksaan kenderaan yang keluar dan masuk bagi memastikan tiada haiwan ternakan dibawa keluar dari wilayah itu.
#China
#kesihatan
#Korea Selatan
#koronavirus
#nCoV
#New Corona Virus
#pelancong
#penyakit
#Thailand
#wabak
#Wuhan