TAMIL NADU: Sekurang-kurangnya 54 orang maut dan berpuluh-puluh lagi masih dirawat di hospital selepas meneguk alkohol yang dicampur dengan metanol di negeri Tamil Nadu di selatan India.
Hampir 200 orang telah dirawat sejak Rabu di daerah Kallakurichi dan lebih 100 orang masih dirawat di beberapa hospital.
Manakala, 48 lelaki dan enam wanita meninggal dunia akibat minuman keras yang tercemar itu pada semalam (Sabtu) dengan yang lain dirawat kerana gejala termasuk muntah, sakit perut dan cirit-birit.
Orang ramai kerap membeli alkohol haram kerana segelintir yang mampu membeli minuman keras berjenama sehingga ada ketika mencetus insiden yang besar kerana sesetengah vendor menambah metanol untuk meningkatkan potensi minuman mereka.
Metanol iaitu bahan kimia toksik yang digunakan untuk tujuan industri, boleh menyebabkan seseorang itubuta, mengalami kerosakan hati atau kematian walaupun diambil dalam kuantiti yang kecil.
Menurut pegawai kanan daerah, MS Prasanth, sekurang-kurangnya tujuh orang telah ditangkap oleh pihak berkuasa, yang sebelum ini berkata mereka turut merampas 200 liter minuman beralkohol yang dihasilkan secara haram.
Kerajaan Tamil Nadu pada Khamis telah mengambil tindakan tatatertib terhadap 10 pegawai yang bertanggungjawab menguruskan alkohol haram dan gagal menghalang kejadian itu.
Ketua Menteri Tamil Nadu, MK Stalin mengumumkan keluarga mangsa dan mereka yang dimasukkan ke hospital akan menerima pampasan kewangan daripada kerajaan.
Beliau juga memerintahkan bekas hakim Mahkamah Tinggi menyiasat kejadian itu.
Menteri negeri dan pemimpin pembangkang - yang telah mengkritik kerajaan kerana gagal mencegah keracunan besar-besaran telah berkunjung ke daerah itu untuk menyantuni mangsa dan keluarga mereka.
Dalam perkembangan sama, upacara pembakaran mayat mangsa dijalankan dengan keluarga menjalankan upacara terakhir bersebelahan antara satu sama lain.
Lebih 12 orang maut tahun lalu dalam kejadian serupa di daerah Tamil Nadu berdekatan, mnakala 120 orang lagi maut di negeri utara Punjab pada 2020.
Pada 2022, lebih 30 orang maut di negeri Bihar di timur India dan sekurang-kurangnya 28 maut di negeri Gujarat di barat selepas meminum minuman keras tercemar yang dijual tanpa kebenaran. – Al Jazeera
Agensi
Sun Jun 23 2024

Mayat mangsa yang maut selepas meminum minuman keras tercemar dibakar di Kallakurichi, Tamil Nadu, India. - Gambar REUTERS

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Angka kematian akibat alkohol tercemar meningkat kepada 54 di Tamil Nadu
Penjual menjual alkohol murah untuk keuntungan besar kepada pelanggan yang tidak mampu membeli minuman berjenama.