Anggota berkenaan dikatakan sedang lakukan rondaan di tepi sungai apabila dia menerima panggilan kecemasan berkenaan seorang wanita yang terjatuh ke dalam Sungai Huangpu dalam kejadian pada 2 Mei lalu.
Selepas terlihat wanita berkenaan, dia terjus terjun ke dalam sungai bagi menyelamatkan mangsa.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian turut membantu dengan membaling pelampung ke arah anggota terbabit.
Mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.