THE HAGUE: Puteri Mahkota Belanda, Catharina-Amalia dikawal rapi di istana susulan ancaman penculikan.

Puteri berusia 18 tahun itu sebelum ini menyambung pelajaran di sebuah universiti tempatan di Amsterdam pada September dalam bidang sains politik, psikologi, undang-undang dan ekonomi.

Bagaimanapun, Puteri Amalia terpaksa meninggalkan kediaman pelajarnya dan kembali ke Istana Diraja Huis Ten Bosch di pinggir Den Haag selepas menerima pelbagai ancaman sejak beberapa minggu lalu.

Raja Willem-Alexander dan Permaisuri Maxima bertitah, Puteri Amalia tidak dibenarkan keluar dari istana kerana ia boleh mendatangkan kesan yang besar terhadap kehidupannya.

Sementara itu, beberapa lagi media melaporkan, Puteri Amalia terus mengikuti sesi pembelajaran di universiti itu yang jaraknya lebih 50 kilometer dari istana.


Ancaman Culik | Pewaris takhta Belanda dikawal ketat di Istana