TRIPOLI: Seif al-Islam al-Gaddafi yang merupakan anak kepada bekas pemimpin Libya digulingkan, Muammar Gaddafi pada Ahad mendaftarkan pencalonannya untuk bertanding pada Pilihan Raya Presiden yang bakal menyaksikan pusingan pertama diadakan pada 24 Disember depan.
"Beliau sudah mengemukakan permohonan kepada pejabat Suruhanjaya Tinggi Plihan Raya Kebangsaan di bandar Sebha," kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan tersebut, Seif, 49, mematuhi segala syarat yang ditetapkan malah beliau juga sudah diberikan kad pendaftaran pengundi untuk daerah tersebut.
Pencalonan itu sekali gus menamatkan spekulasi yang tersebar sejak beberapa bulan lalu berhubung kemungkinan beliau akan bertanding walaupun dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah kemanusiaan ketika gelombang Arab Spring melanda Tripoli pada 2011.
Pada Julai lalu, Seif membuat kemunculan semula malah beliau memberitahu The New York Times tentang hasratnya kembali semula ke dalam dunia politik.
Menerusi wawancara itu, beliau menyuarakan rancangannya untuk memulihkan perpaduan selepas sedekad negara itu dilanda kucar-kacir dan ketidakstabilan politik.
Sejak Jun 2014, Seif tidak pernah tampil di khalayak umum dan hanya muncul menerusi sidang video dari Zintan ketika perbicaraannya di sebuah mahkamah di Tripoli.
Kira-kira empat tahun kemudian, beliau dijatuhi hukuman mati atas jenayah yang dilakukannya ketika negara itu turut berdepan tempias revolusi kebangkitan rakyat yang melanda beberapa negara di Asia Barat.
Pentadbir di timur negara itu bagaimanapun memberikan pengampunan kepadanya, namun keputusan itu tidak pernah diiktiraf pihak berkuasa di Tripoli.
Difahamkan, pendaftaran untuk calon Presiden dan Pilihan Raya Parlimen akan mula dibuka pada Isnin.
Pada mulanya, pemilihan tersebut dijadualkan pada 24 Disember, namun Parlimen memutuskan untuk menangguhkan Pilihan Raya Parlimen pada Januari 2022.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sun Nov 14 2021
![Anak Muammar Gaddafi mahu bertanding jawatan Presiden Libya Anak Muammar Gaddafi mahu bertanding jawatan Presiden Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51636926687_Gaddafi.jpg)
Saif (kanan) mengemukakan pencalonan beliau di bandar Sebha pada Ahad. - Foto Agensi
[TERKINI] Hamas tangguh pembebasan tebusan Israel yang dijadualkan pada Sabtu
Hamas berkata ia akan menangguhkan pembebasan tebusan yang dijadualkan pada hari Sabtu.
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda pentas peragaan British itu ke pejabat perdana menteri di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
China sedia jalin hubungan dengan negara kepulauan pasifik
China bersedia menjalin hubungan lebih rapat dengan negara-negara Kepulauan Pasifik termasuk Cook Island.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
Pendengaran permohonan batal tahan Suk Yeol minggu depan
Sebuah mahkamah Korea Selatan akan mendengar sama ada akan membatalkan penahanan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol pada minggu depan, menurut sumber pada Isnin.
Afrika Selatan persoal keputusan Trump henti bantuan kewangan
Kementerian Luar Afrika Selatan mengecam perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden AS, Donald Trump, yang menghentikan bantuan kewangan ke negara itu.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Rasuah: Netanyahu sekali lagi hadir ke mahkamah
Netanyahu adalah pemimpin Israel pertama yang dihadapkan ke mahkamah sebagai defendan jenayah.
Busuk bau mayat reput, Penjara Muzenze di Congo dibersihkan
Memetik rakaman Reuters, ICRC turut dilihat melakukan proses pembersihan serta disinfeksi bagi mengelak berlakunya penularan wabak.
ASEAN punya potensi, Turkiye mahu main peranan lebih luas
Turkiye melihat faktor keaktifan ASEAN dalam geopolitik antarabangsa, selain turut mempunyai potensi pasaran lebih besar.
Hubungan erat Malaysia- Turki mampu buka peluang di peringkat global
Penasihat khas Menteri Luar Negeri (Kemanusiaan dan Pembangunan Semula), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata, ini kerana kedua-dua negara itu mempunyai lokasi strategik yang menjadi penghubung penting antara ASEAN dan Eropah.
Sultan Nazrin perkenan kurniakan Erdogan dengan anugerah tertinggi Universiti Malaya
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Isnin telah berkenan mengurniakan anugerah tertinggi Universiti Malaya (UM), Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
![Anak Muammar Gaddafi 'kritikal', dipindah dari penjara ke hospital Anak Muammar Gaddafi 'kritikal', dipindah dari penjara ke hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688336034_HannibalGaddafi.jpg)
Anak Muammar Gaddafi 'kritikal', dipindah dari penjara ke hospital
Hannibal melancarkan mogok lapar bulan lalu sebagai protes terhadap penahanan tanpa bicara yang dikenakan terhadapnya sejak 2015.
![Penunjuk perasaan bakar Parlimen Libya Penunjuk perasaan bakar Parlimen Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61656809204_Protesters.jpg)
Penunjuk perasaan bakar Parlimen Libya
Penunjuk perasaan turut menggesa kerajaan mengadakan pilihan raya segera bagi memulihkan keadaan.
![Anak Muammar Gaddafi mahu bertanding jawatan Presiden Libya Anak Muammar Gaddafi mahu bertanding jawatan Presiden Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51636926687_Gaddafi.jpg)
Anak Muammar Gaddafi mahu bertanding jawatan Presiden Libya
Seif mematuhi segala syarat yang ditetapkan malah beliau juga sudah diberikan kad pendaftaran pengundi untuk daerah tersebut.
![Tentera di timur Libya lancar serangan udara ke atas pasukan kerajaan disokong PBB Tentera di timur Libya lancar serangan udara ke atas pasukan kerajaan disokong PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/81568946805_TBLIBYANPASENGERS.jpg)
Tentera di timur Libya lancar serangan udara ke atas pasukan kerajaan disokong PBB
Serangan memusnahkan berpuluh-puluh kenderaan tentera di selatan Tripoli, kata sumber, tanpa mendedahkan butiran mengenai sebarang kecederaan atau kematian yang dialami.
![Ratusan banduan berjaya lolos Ratusan banduan berjaya lolos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61535951777_penjaraAinZara.jpg)
Ratusan banduan berjaya lolos
Kesemua tahanan itu dapat membuka pintu dan melarikan diri selepas pergaduhan tercetus antara kumpulan militia berhampiran penjara Ain Zara.
![OIC rancang lantik wakil khas ke Libya OIC rancang lantik wakil khas ke Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/71501754973_DrYousefAhmadAl.jpg)
OIC rancang lantik wakil khas ke Libya
Dr Yousef A. Al-Othaimeen berkata demikian pada pertemuan dengan Menteri Luar Libya Mohamed Tahir Siala di luar Mesyuarat Agung Luar Biasa Jawatankuasa Eksekutif OIC peringkat Menteri-Menteri Luar.