GUJARET: Kelahiran anak kambing berwajah seperti manusia telah menggemparkan penduduk di sebuah kampung di Gujarat, India.
Anak kambing yang dilahirkan tanpa ekor itu mempunyai bahagian wajah yang kelihatan seperti manusia dan ianya sangat ketara pada dahi, mata, mulut dan turut memiliki janggut.
Haiwan aneh itu bagaimanapun mempunyai kaki empat dan telinga seperti kambing normal.
Menurut India.com, anak kambing itu dilahirkan di rumah penduduk kampung yang bekerja sebagai petani.
Bagaimanapun ia hanya mampu hidup selama 10 minit selepas dilahirkan, lapor Sinar Harian.
Video haiwan aneh itu turut tular di laman sosial dan turut memaparkan aksi penduduk kampung memujanya kerana mempercayai ia adalah kelahiran nenek moyang mereka.
Sinar Harian
Mon Apr 12 2021
![Anak kambing berwajah manusia Anak kambing berwajah manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81618191720_Anakkambingberwaja.jpg)
Anak kambing yang dilahirkan tanpa ekor itu mempunyai bahagian wajah yang kelihatan seperti manusia dan ianya sangat ketara pada dahi, mata, mulut dan turut memiliki janggut.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Anak kambing miliki telinga terpanjang Anak kambing miliki telinga terpanjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655685638_Anakkambingmiliki.jpg)
Anak kambing miliki telinga terpanjang
Panjang telinga haiwan itu ialah 46 sentimeter dan hampir menyentuh tanah ketika ia berjalan.
![Anak kambing berwajah manusia Anak kambing berwajah manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81618191720_Anakkambingberwaja.jpg)
Anak kambing berwajah manusia
Kelahiran anak kambing berwajah seperti manusia telah menggemparkan penduduk di sebuah kampung di Gujarat, India.
![Tiada DNA manusia pada anak kambing mirip wajah manusia - Veterinar Tiada DNA manusia pada anak kambing mirip wajah manusia - Veterinar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81461651567_kambingcacat.jpg)
Tiada DNA manusia pada anak kambing mirip wajah manusia - Veterinar
"Tidak ada isu yang mengatakan anak kambing itu adalah hasil salah laku seks manusia ke atas ibu kambing. Itu persepsi salah."